Tyra Kamaruzzaman Batal Majlis Bertandang Selepas Tahu Hamil Anak Pertama – “Saya Rasa Membazir Sebab…”
Khairil Khusyairi
07/08/2024 07:55 MYT
07/08/2024 07:55 MYT
Pempengaruh Tyra Kamaruzzaman memaklumkan majlis bertandang yang dirancangnya sebelum ini terpaksa dibatalkan selepas mengetahui dirinya kini berbadan dua.
Batal Majlis Bertandang
Menurut Tyra atau nama sebenarnya Athirah Kamaruzzaman,25, agak membazir sekiranya majlis bertandang tersebut diteruskan kerana dia sedang hamil anak pertama.
Malah, Tyra turut memaklumkan majlis bertandang tersebut akan diganti dengan majlis doa selamat.
Malah, Tyra turut memaklumkan majlis bertandang tersebut akan diganti dengan majlis doa selamat.
“Majlis bertandang kita tak teruskan sebab saya rasa macam membazir untuk buat.
“Jadi apa yang kita buat adalah doa selamat untuk bayi dan kita ada buat makan-makan bersama keluarga.
“Dan ada lah nak buat gender reveal sikit, saja je nak raikan bersama orang yang saya sayang.
“Saya rasa membazir buat majlis bertandang sebab dah ada bayi dah pun, tak payah lah,” ujarnya.
Hilang Berat Badan
Kongsi usahawan itu lagi, dia turut mengalami hilang berat badan dan selera makan sepanjang trimester pertama kehamilan.
“Saya hilang lebih kurang 4 Kilogram (kg) tapi tak nampak sangat sebab kalau naik berat akan nampak di muka saja.
“Sekarang berat saya dah turun dan baru ada selera makan.
“Saya okay saja dengan bau-bauan, ada juga mengidam, tapi tiada yang pelik-pelik. Saya mengidam roti jala, tauhu bunga,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Tyra sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Emran Rijal pada 3 Mei lalu di Ampang Boat House, Kuala Lumpur.