,
Viral

Tyra Kamaruzzaman Kini Hamil Anak Pertama

Ainun
03/08/2024
07:25 MYT
Pengasas kosmetik T.K, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa bersyukur dan teruja apabila dirinya kini hamil anak pertama.
Tyra berkongsi perasaan teruja bersama suami, pereka fesyen Emran Rijal menerusisatu hantaran video di Instagram baru-baru ini.
“Masya-Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah. Kami mengambil sedikit masa untuk berkongsi tetapi perut saya kini sudah kelihatan dan mungkin ada yang sudah tahu atau menekanya.

“Kami sangat bersyukur dengan kehadiran si kecil yang berharga sedang berkembang dalam diri saya setiap saat. Kami turut bahagia melihat perkembangan si kecil kami sepanjang beberapa bulan lalu. Mohon doakan bayi T&E.

“Kepada mereka yang sedang mencuba untuk hamil, saya menghantar segala cinta dan keajaiban bayi kepada anda semua,” tulisnya.
Sementara itu, meninjau di ruangan komen, selebriti dan netizen turut menzahirkanrasa syukur serta mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu tentang berita kehamilan yang dikongsi oleh mereka.

BERITA TRENDING: Hampir Setahun Berkahwin, Intan Najuwa Umum Hamil Cahaya Mata Pertama - “Our Little Secret Is Finally Out!”

BERITA TRENDING: Netizen Teka Isteri MK K-Clique Hamil Anak Kembar, Ini Respons Empunya Badan…

Antara komen yang diterima adalah:
“Tahniah Tyra dan Emran. Selamat datang ke alam ibu dan bapa.
“Aww patutlah makin berseri! Tahniah Tyra dan suami.
“Tahniah untuk anda berdua! Saya sangat-sangat gembira dan semoga Allah sentiasa melindungi kamu dan bayi dalam kandungan,” komen dari selebriti dan netizen.

BERITA TRENDING: Takut Punca Hailey Bieber Sorok Kehamilan : “Banyak Kisah Trauma Tentang…”

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Atlet Lawan Pedang Mesir Rupanya Hamil Tujuh Bulan – “Kali Ini Saya Bawa Peserta Olimpik Kecil”

Sekadar info, Tyra Kamaruzzaman dan Emran Rijal telah mendirikan rumah tangga mereka pada bulan May yang lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Bollywood

Bintang Terkenal Bollywood, Deepika Padukone & Ranveer Singh Selamat Sambut Cahaya Mata Pertama

gempak
08/09/2024
13:03 MYT
Pelakon terkenal Bollywood, Deepika Padukone selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Ahad.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Berita

Influenstar Asia Dot Com Tawar Peluang Pekerjaan & Modul Latihan Kepada Influencer

gempak
05/09/2024
06:55 MYT
Pengurusan Jemz Group International Sdn Bhd (JEMZ GROUP), melancarkan sebuat platform, Influenstar Asia Dot Com, sebuah platform untuk pempengaruh tempatan bertujuan untuk menyokong industri GIG negara.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).