,
Hiburan

Takut Punca Hailey Bieber Sorok Kehamilan : “Banyak Kisah Trauma Tentang…”

Maliah Surip
28/07/2024
13:55 MYT
Hailey Bieber akhirnya berbicara mengenai tindakan merahsiakan fasa awal kehamilannya.
Hailey hanya mengumumkan kehamilannya selepas berusia enam bulan menerusi perkongsian sesi pemotretan yang memperlihatkan penampilan terkini sedang berbadan dua.

BERITA TRENDING: Justin Bieber Bakal Jadi Bapa, Isteri Hamil Lepas 5 Tahun Kahwin

Menurut isteri Justin Bieber ini, tindakan senyap dan tidak mewar-warkan kehamilannya kepada umum atas beberapa sebab.
Antara sebab utama kata Hailey adalah kerana dikuasai perasaan takut selepas melihat banyak kes kurang baik yang telah dilalui para ibu sepanjang fasa kehamilan.
“Kita tahu dan lihat ada banyak kes yang berlaku, kes kehamilan dan kelahiran yang sangat traumatik. Saya tahu hal itu boleh berlaku.
“Jadi saya tidak mahu takutkan diri sendiri,” katanya dalam temubual bersama majalah W.
Tambah model itu lagi dia bagaimanapun memutuskan berkongsi khabar gembira tersebut selepas melalui fasa awal kehamilan dan perutnya mula membesar.
“Saya tahu saya tidak boleh merahsiakan hal ini (hamil) kerana perut semakin membesar,” katanya.
Wanita yang berkahwin dengan penyanyi Kanada pada tahun 2018 itu juga mengatakan tidak suka meletakkan tekanan kepada diri sendiri dan mengumumkan kehamilan adalah keputusan tepat.
“Saya tidak suka tekanan dan tidak mahu stres kerana seperti sedang merahsiakan sesuatu yang besar (hamil).
“Saya mahu kebebasan dan tidak tertekan khalayak melihat saya berbadan dua,” katanya lagi.
Dia kemudian menyimpulkan kehidupan bersama Bieber selepas enam tahun berkahwin dan kini menanti cahayamata pertama sebagai pengalaman indah.
“Saya bimbang saat pertama kali tahu hamil. Saya tertanya sendiri bagaimana untuk membawa anak kecil yang sangat dicintai ini ke dunia.
“Namun saya dan Bieber kini hanya mahu menikmati momen manis ini sebaiknya, bersama, berdua,” tutup Hailey.

BERITA TRENDING: Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

BERITA TRENDING: Selena Gomez Bercinta Dengan Rakan Justin Bieber

BERITA TRENDING: Hailey Bieber Benci Didakwa Bergaduh Dengan Selena Gomez Kerana Lelaki

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Viral

Penduduk Arak Guru Ngaji Separuh Bog*l, Rogol Anak Murid

gempak
16/09/2024
22:02 MYT
Seperti perumpamaan harapkan peger, peger makan padi, begitulah kes yang terjadi di Jawa Tengah, Indonesia ini.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.