VIRAL
Tyra Kamaruzzaman Kongsi Pengalaman Bersalin Di Hospital Swasta - “Kos Hampir RM50,000, Ianya Berbaloi…”
Pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman berkongsi pengalaman dia melahirkan cahaya mata pertama di sebuah pusat perubatan swasta.
Kos rawatan
Menerusi perkongsian di Instastory, Tyra mendedahkan kos rawatan bersalin mencecah RM50,000 untuk bilik suite selama lima hari.
ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Cadang Cik Epal Dengar Dua Lagu Ini - "It Reminds Me Of Your Situation"
ARTIKEL BERKAITAN: Tyra Kamaruzzaman Luah Anak Kena Body Shaming Sebab Warna Kulit Gelap - “Takkan Tiba Kulit Jadi Cerah Macam Mat Salleh”
ARTIKEL BERKAITAN: Emran Rijal Tetap Nak Jumpa El Azman Untuk Selesai Kontroversi - “Kami Belum Bersua Muka Tapi…”
“Saya bersalin di Prince Court dan kos hampir RM50,000. Saya perlu lalui pembedahan untuk melahirkan Tyara dan kami tinggal di bilik suite selama lima hari.
“Tyara berada di unit rawatan rapi (NICU) dari lahir sehingga hari kami pulang. Diberi ubat hypoglycaemia dan sebagainya.
“Selain itu, Tyara juga perlu berada di bawah lampu sebab demam kuning naik sikit malam sebelum kami pulang ke rumah,” kongsinya.
Bersyukur
Pada perkongsian itu juga, Tyra mengakui kos itu sangat berbaloi dengan rawatan dan layanan yang diterima sepanjang berada di pusat perubatan tersebut.
“Saya boleh katakan ianya berbaloi dengan rawatan yang saya terima. Jika bukan kerana pembekal barangan kesihatan di hospital itu, saya mungkin tidak akan selamat.
“Mereka adalah orang hebat dan sangat baik dengan saya,” katanya.
Berkongsi lebih lanjut, Tyra turut menerima ilmu daripada ahli fisioterapi bagi penjagaan selepas menjalani pembedahan bersalin.
Untuk rekod, Tyra melahirkan cahaya mata pertama yang diberi nama Tyara Emran pada 19 Januari lalu.
Must-Watch Video