VIRAL
Tyra Kamaruzzaman Luah Anak Kena Body Shaming Sebab Warna Kulit Gelap - “Takkan Tiba Kulit Jadi Cerah Macam Mat Salleh”
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa terkejut apabila anak perempuannya, Tyara, menjadi mangsa body shaming gara-gara berkulit gelap.
Menurut Tyra, kejadian itu berlaku ketika seorang tetamu datang ke rumah keluarganya dan mempersoalkan warna kulit anaknya tidak seperti anak selebriti yang lain.
“Semalam, ada tetamu datang rumah (saya tak kenal, tak tahu siapa dia, mungkin kawan atau isteri kepada kawan ibu bapa saya) tiba-tiba komen warna kulit Tyara dan cakap, ‘Oh gelap ya kulit baby Tyra, tak macam baby artis tu, putih gebu!’
“Lepas tu, takkan tiba-tiba anak nak jadi cerah macam kulit mat salleh pula, mak cik. Sampai dengan baby pun nak pandang atas bawah, dah kenapa?,” tulisnya di Threads.
Meskipun dia menerima komen berbaur sensitif namun, usahawan itu tidak berasa tersinggung dengan komen tentang warna kulit anaknya.
BERITA BERKAITAN: Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang, Tyra Kamaruzzaman Tampil Jawab Tuduhan Sengaja Nak Tumpang Populariti Elrah Exclusive
BERITA BERKAITAN: Beri Nama Tyara, Tyra Kamaruzzaman Selamat Bersalin Anak Sulung
Ini kerana dia sendiri sudah biasa menerima teguran seperti itu memandangkan dia juga mempunyai warna kulit yang gelap.
“Jangan salah faham, saya tak terasa pun. Sebab saya pun selalu kena tegur tentang warna kulit sendiri.
“Saya tak rasa kulit tak cerah itu satu kekurangan. Saya sangat suka warna kulit saya, dan saya tahu Tyara juga akan membesar dengan penuh keyakinan dan menyayangi dirinya sendiri,” jelasnya.
Bagaimanapun, meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan sikap tetamu tersebut yang body shaming warna kulit anak Tyra yang masih bayi itu.
Ada juga segelintir netizen turut berkongsi pengalaman mereka apabila anak mereka pernah melalui situasi yang sama.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Saya suka warna kulit awak. Makcik tu putih sangat ke? Kalau putih sebab drip vitamin je buat apa. Kesian hati kekal hitam.”
“Sakitnya hati! Bayi tu kecil lagi dah kena cakap macam tu. Cuba cakap pasal dia confirm sentap.”
“Jahatnya mulut dia. Warna kulit yang gelap ni cantik tau sebenarnya.
“Anak saya sampai sekarang kena shaming sebab warna kulit dia gelap dekat sekolah. Dahlah baru darjah dua tapi saya ajar dia untuk melawan balik bila orang ejek dia,” komen dari netizen.