UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Tyra Kamaruzzaman Tak Boleh Tahan Dah! Geram Dengan ‘Penyondol’ - “Awak Takkan Faham Macam Mana Sakitnya Sebab…”

Asyikin Mayudin 16/01/2025 | 04:25 MYT
Pempengaruh dan usahawan Tyra Kamaruzzaman tidak dapat menahan kemarahan apabila membaca kenyataan dipercayai daripada wanita yang kini dikaitkan dengan usahawan Pizza, Jofliam iaitu Dewi.

Pergorbanan seorang ibu

Menerusi perkongsian di platform Thread, Tyra menganggap wanita tersebut tidak pernah melalui kesakitan dan pergorbanan seorang ibu mengandung, melahirkan dan menjaga anak-anak.

“Bukan nak gunakan atau apa saja isu yang sedang berlaku tapi bila tengah hamil anak pertama dan memahami betapa sukarnya mengandung ini… berani anda cakap begitu kepada ibu yang mengandungkan, melahirkan dan menjaga mereka berdua.

“Semua sebab kau itu gatal dan penyondol. Awak takkan faham macam mana sakitnya sebab awak bukan seorang ibu! Bencinya perempuan macam itu!

“Marahnya! Semua itu untuk seorang lelaki yang mungkin tidak dapat membantu anda membuka kabinet tinggi. Maaf eh. Geram,” kongsi Tyra.

Kenyataan Dewi

Perkongsian itu dipercayai dimuat naik selepas Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi meminta bekas isteri kekasihnya iaitu Cik Epal agar menerima kenyataan bahawa perkahwinan mereka sudah berakhir.

Malah, Dewi juga meminta Cik Epal bersyukur kerana ada individu sepertinya yang sanggup memberi kasih sayang dan menghargai anak-anaknya iaitu Han dan Yuki.

Punca masalah

Dalam pada itu, Tyra memberitahu dia tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkahwinan Cik Epal dan Jofliam namun menganggap ‘penyondol’ menjadi punca masalah.

“Sejujurnya saya sudah lama menjadi pembaca dalam diam dan saya tiada komen mengenai perkahwinan mereka ke apa ke sebab ia antara mereka berdua tapi si penyondol ini sangat daring eh.

“Dia tahu ia akan paling menyakitkan hatinya jika dia menceritakan tentang anak-anaknya supaya dia melakukan perkara itu. Sangat jahat. Sama ya,” katanya lagi.

#Anak #Perkahwinan #Tyra Kamaruzzaman #Dewi #Penyondol #Jofliam #Cik Epal
;