Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

“U Ingat Senang Ke Jutawan Mahu Nasihatkan U?”- Fadzil Zahari Teringat Kata-Kata David Teo

Syafiqah Jalal 06/12/2019 | 05:29 MYT
Pelakon dan penulis skrip, Fadzil Zahari akui masih terngiang-ngiang dengan kata-kata produser filem Mejar David Teo ketika tujuh tahun lalu.
Menurut Fadzil betapa ruginya seseorang yang mengendahkan kata-kata dari seseorang yang berjaya dan berpengalaman dalam kerjayanya.
"”U ingat senang ke, jutawan mau nasihatkan u, u lagi mau main handphone” kata Mejar @davidteo99 pada seorang pengarah filemnya yang asyik main phone masa dia tengah bagi nasihat...
“Teringat lagi kata kata ni lebih kurang 7 tahun dulu, masa tu abang ada dalam bilik ni sebagai seorang penulis skrip, boss tengah sekolahkan lebih kurang tiga orang pengarah filemnya.
“Betapa ruginya kita bila ada seseorang yang berjaya nak nasihatkan kita tapi kita macam endah tak endah dengar. Mungkin ilmu yang dia nak bagi tu tak berguna ketika tu, tapi ianya berguna untuk masa sekarang.
“Sama la situasi kami la ni, saya & @yanasamsudin cakap panjang lebar kat beberapa staf tertentu, rupanya tak masuk otak pun sedihhhhh,” tulisnya.
Suami kepada Yana Samsudin itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik foto bersama David Teo.
Fadzil dan Yana pernah berada di satu bumbung di bawah satu pengurusan milik David Teo iaitu MIG Metrowealth.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aisy Mateen yang berusia tiga tahun.
#pelakon #Yana Samsudin #Fadzil Zahari #Pelakon #David Teo