Hiburan

Ubah Keputusan.. Tak Mahu PU, Safiey Pilih Ebit Lew

gempak
Zulaikha Yusof
16/07/2020
03:45 MYT
Sponsor Banner
Ubah Keputusan.. Tak Mahu PU, Safiey Pilih Ebit Lew
Usahawan kosmetik, Safiey Illias mendedahkan dia memilih untuk merujuk dengan individu yang dia selesa iaitu Ustaz Ebit Lew untuk membimbingnya.
Ketika dihubungi Gempak, Safiey menyatakan dia tidak mempunyai sebab yang jelas untuk bertemu dengan bekas peserta Pencetus Ummah (PU) kerana merasakan ini sekadar untuk pemasaran.
"Saya tahu dengan siapa yang perlu dirujuk dalam hal ini. Saya lebih selesa dengan Ustaz Ebit Lew. Saya ada nombor dia untuk dihubungi.
"Bukan saya berlagak tapi tak perlu saya libatkan ramai orang dengan masalah saya. Saya ada juga beberapa orang kenalan dari pejabat agama dan juga ustaz-ustaz yang lain.
"Saya tak perlu cari PU ini, atas sebab apa? Semua ini sekadar pemasaran saja. Sebenarnya lebih okey kalau dia menghubungi saya secara peribadi.
"Apa pulak orang yang beragama lain tengok dan cakap bila dia buat surat terbuka? Boleh mesej saya di Instagram (IG), dekat situ ada nombor untuk dihubungi. Takkan dia hanya tahu kemaskini status saja?" katanya.
Sementara itu, pelantun lagu Syinta Gila ini akui suka dengan cara Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk tidak mengulas isu ini di platform miliknya.
"Rasa geram tu ada tapi tak mengapa, saya boleh terima. Kalau tengok Ustaz Ebit Lew dia tak pernah sentuh bab ini. Dia diam saja, tak ada buat pendedahan macam ni.
"Tahu-tahu dia dah jumpa orang tu. Sebelum nak kongsi di media sosial, dia akan minta kebenaran dulu," katanya lagi.
Sebelum ini, Safiey menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan mana-mana pendakwah yang berniat untuk membimbingnya.
BACA: "Jadilah Seperti Ebit Lew" - Safiey Illias Bersedia Jumpa Mana-Mana Pendakwah
Oleh sebab itu, PU Syed Bakri menjemput Safiey dan Nur Sajat untuk bersemuka dengannya yang kini berada di Ipoh, Perak.
BACA: “Jangan Samakan Saya Dengan Ebit Lew Jika…”- PU Syed Ajak Safiey & Sajat Bersemuka
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024