Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ubai Berdebar Tunggu Kelahiran Anak Sulung - "Banyak Yang Saya Belajar Daripada ..."

Asyikin Mayudin
13/04/2024 07:55 MYT
Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, pempengaruh Ubai MZ mengakui dia berasa berdebar menantikan kelahiran itu.

Banyak belajar mengenai pengurusan bayi di internet, Ubai memberitahu dia kini lebih tertumpu kepada keadaan kesihatan isterinya, penyanyi Shila Amzah ketika hendak bersalin nanti.

“Sudah tentu saya rasa berdebar… sebab ini pertama kali, sebelum ini jadi bapa anak dah besar terus. Banyak yang saya belajar dari internet dan isteri saya sendiri.

“Saya memang dah ready, sebab ada kawan cakap bila dah ada baby nanti tak boleh nak tidur malam. Kerisauan saya lebih kepada isteri la.

“Sebab dia nak lahirkan anak kami secara normal, jadi saya risau keadaan kesihatan dia waktu nak bersalin nanti,” kata Ubai kepada Gempak.

Bermonolog Depan Kubur Arwah Ibu

Dalam pada itu, Ubai turut berkongsi momen dia menziarahi pusara Allahyarham ibunya, Rohani Jamal yang meninggal dunia pada 30 Julai lalu.

“Perasaan bila dah tak ada ibu ini memang lain, lepas itu saya dah bergelar bapa. Sehari sebelum Ramadan, saya ada pergi ziarah kubur arwah ibu. Saya ada monolog depan kubur.

“Saya cakap dekat mak, ‘mak ini cucu mak ini, cucu pertama’. Rasa sebak sikit sebab ini cucu pertama arwah kan. Paling saya rindu, nak tolong masak sebaik sahaja buka puasa Ramadan terakhir,” ujarnya.

Untuk rekod, Shila sah bergelar isteri kepada Ubai pada 5 Ogos 2023 dan kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup bersama.

Shila pernah bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

BERITA TRENDING: Shila Amzah Cadang Proses Hakam Untuk Selesai Masalah Rumah Tangga - “Semoga Allah Permudah Segala Jalan Untuk Suami Atau Isteri…


BERITA TRENDING: Shila Amzah Belum Bersedia Jumpa Ibu, Mahu Jaga Emosi & Kandungan - “Apa Yang Buat Saya Stres Atau Toksik…”

#Shila Amzah #Ubai #Ubai MZ #Anak Shila #Ibu Ubai #Anak Ubai #Shila hamil #Ubai bapa
;