,
Hiburan

Ubati Kerinduan...Puteri Gunung Ledang In Concert Kini Ditayangkan Kembali!

Asraf Aided
15/08/2020
07:11 MYT
Puteri Gunung Ledang In Concert - Rebirth of the Legend (PGL In Concert) sebelum ini telah dipentaskan sempena meraikan 10 tahun kegemilangan penjenamaan Puteri Gunung Ledang dalam industri hiburan.
Memandangkan pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical yang sepatutnya berlangsung Julai lalu ditunda ke tahun hadapan ekoran pandemik COVID-19, Enfiniti telah membawakan semula PGL In Concert untuk tontonan anda di rumah menerusi saluran EnfinitiV.Asia.
Tayangan konsert secara HD ini sekurang-kurangnya mampu mengubati kerinduan anda sementara menunggu pementasan PGL The Musical tahun hadapan.
Mari imbas kembali, PGL In Concert menampilkan Puan Sri Tiara Jacquelina sebagai Gusti Puteri, Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah serta barisan bintang hebat lain seperti Adlin Aman Ramlie, Ida Mariana, Datuk AC Mizal dan ramai lagi.
Konsert agung yang menjadi ingatan ramai ini telah mula ditayangkan di EnfinitiV.Asia bermula malam tadi.
Selain PGL In Concert, EnfinitiV.Asia juga menawarkan pelbagai persembahan lain seperti P. Ramlee The Musical, The Secret Life of Nora dan banyak lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."

gempak
11/05/2024
03:55 MYT
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi.   Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Laman Utama

Ekstravaganza Muzikal, Astro Showcase Meriah, Dapat Sentuhan Magis Daripada Tiara Jacquelina

gempak
21/07/2023
13:24 MYT
Memang sangat meriah!
Laman Utama

Dream Forest Bawa Pengunjung Nikmati Keindahan Hutan Teknologi Yang Penuh Kisah Lagenda Langkawi

gempak
28/02/2023
12:00 MYT
Menakjubkan
Laman Utama

Warm Up Sebelum World Cup! Jom Layan OlaBola 'I Cover You' 2022 Versi 90 Minit - "Ini Versi Roller-Coaster ..."

gempak
07/10/2022
06:50 MYT
OlaBola 'I Cover You' di Menara Ken TTDI bermula 9 November 2022!
Laman Utama

Next Level Performing Arts! Video Keselamatan Malaysia Airlines Dapat Macam-Macam Komen Netizen

gempak
23/06/2022
08:30 MYT
Ini lain dari lain ni