Berita
Inovasi Baharu Lindungi Kulit Dari Dalaman, Dr. Cute Kenalkan Minuman Oral Sunproof Coffee
Dr. Cute International Sdn. Bhd. telah mencipta gelombang baharu dalam industri kecantikan di Malaysia dengan memperkenalkan produk minuman Oral Sunproof Coffee oleh Dr. Cute.
Menurut Dr. Cute atau nama sebenarnya, Dr. Abdullah Alias, kebiasaannya produk sunblock digunakan dengan menyapunya pada kulit untuk melindungi daripada sinaran matahari.
Namun, kali ini pengguna boleh mendapatkan perlindungan tersebut melalui minuman.
“Kita sangat sinonim dengan sunblock yang bertekstur sapu ke badan dan muka sebagai pelindung kulit dari terkena pancaran sinaran matahari dan juga cahaya dari telefon.
“Dengan mengambil sunblock yang berkonsepkan makan, ia akan membantu untuk meningkatkan perlindungan dari dalaman serta membantu untuk memulihkan sel kulit yang telah rosak yang disebabkan oleh matahari.
“Sebab itulah saya mengambil konsep yang telah diperkenalkan di luar untuk dibawa ke Malaysia kerana untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia.
“Pada zaman sekarang ini, jika kita terdedah dibawah sinaran matahari maka, terjadilah segala masalah kulit seperti pigmentasi dan sebagainya berlaku,” katanya kepada Gempak.
Dr. Cute berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran Oral Sunblock Coffee Dr.Cute di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jelas Dr. Cute, beliau pernah melancarkan produk yang hampir sama dengan kopi sunproof , tetapi dalam bentuk berbeza, kerana memahami bahawa setiap pengguna cenderung memilih sesuatu yang mudah dibawa ke mana-mana.
“Sebelum ini, kami telah melancarkan dua jenis minuman oral sunblock. Pertama, dalam bentuk kapsul yang dipanggil Glow Skin pada Disember tahun lalu, dan sambutannya sangat memberangsangkan.
“Kedua, dalam bentuk serbuk kerana ada pengguna yang kurang gemar kapsul. Oleh itu, kami mengambil inisiatif menukarnya kepada bentuk serbuk untuk memudahkan pengguna.
“Alhamdulillah, selepas dilancarkan pada Oktober tahun ini, sambutannya juga luar biasa,” jelasnya.
Bagaimanapun, Dr. Cute berharap kehadiran produk ini mampu mencipta fenomena baharu dalam kalangan rakyat Malaysia dan mengubah persepsi masyarakat terhadap produk kecantikan tempatan.
BERITA TRENDING: Teruk Dikecam Cuba Ambil Kesempatan Terhadap Pekerja, Shuib; "Demi Allah... Tiada Langsung Niat Saya"
BERITA TRENDING: Tulang Belakang Leher Patah Terjatuh Di Tandas, Mak Engku Akan Jalani Rawatan Ambil Tulang Sum-Sum
Hal ini kerana beliau yakin bahawa pengguna masa kini lebih prihatin untuk mengetahui sama ada produk tempatan mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau tidak.
“Kenapa saya keluarkan sunproof coffee ini kerana saya tahu rakyat Malaysia sukakan kopi. Saya berharap ini produk ini mampu mengikut citarasa rakyat Malaysia serta boleh mencipta fenomena. Jika kami mendapat sambutan yang lebih hebat, mungkin kami akan keluarkan beberapa produk yang seakan kopi sunproof ini.
“Saya rasa dengan adanya produk mampu mencipta satu fenomena di Malaysia. Sebab itulah saya ketengahkan projek ini dan melakukan perbincangan dengan guru saya, rakan bisness saya serta pensyarah dan rakan doktor saya juga untuk ke proses klinikal sebelum jual kepada pengguna.
“Pengguna sekarang juga bijak dalam membeli sesuatu produk dimana mereka akan bertanyakan kepada penjual ada kelulusan KKM atau tidak. Kami juga akan memastikan produk kami memenuhi tiga syarat yang ditetapkan oleh KKM iaitu, keselamatan, kualiti dan keberkesanan.
“Kadang-kadang pengguna takut untuk menggunakan produk sebegini kerana takut akan merosakkan buah pinggang dan sebagainya. Sebab itulah, pihak kami ingin melakukan kerjasama dengan makmal perubatan USMARI research and Innovation Center kerana kami mahu menukar fikiran masyarakat bahawa ada juga produk lokal yang berkualiti dan bagus.
“Kalau kita semua perasan setiap tahun pasti kita akan kedengaran produk yang terkenal ini mempunyai bahan kimia yang mampu merosakkan kulit. Perkara itu membuatkan masyarakat akan keliru. Oleh itu, kami melakukan kerjasama ini untuk mengubah perspektif masyarakat tentang produk lokal serta membantu meningkatkan kualiti industri kecantikkan di Malaysia,” ulasnya.
Sekadar info, pengasas Dr. Cute International Sdn Bhd, Dr. Abdullah Alias merupakan syarikat terkemuka dalam bidang kecantikan dan kesihatan yang menyediakan produk inovatif, selamat, dan disahkan halal.
BERITA TRENDING: Jarang Terima Tawaran Persembahan, Kumpulan Bocey Belum Terkubur - "Stesen TV & Radio Bukan Lagi Milik Kami"
BERITA TRENDING: “Adakah Jika Saya Belum Sempurna, Saya Tak Layak Untuk…” - Diana Danielle
Syarikat ini berkomitmen untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan pelanggan melalui produk penjagaan kulit yang berkualiti tinggi. Dr Cute International terus maju memimpin dalam inovasi produk, menjadikan kecantikan lebih mudah diakses, selamat dan berkesan untuk semua.
Must-Watch Video