"Ubatnya Satu Je...Sabar!" - Shima Anuar Kongsi Pengalaman Punyai Anak Tantrum

Asraf Aided
Jun 15, 2020 13:35 MYT
Pelakon Shima Anuar berkongsi pengalaman berhadapan anak pertamanya, Marian Sophia yang menunjukkan gejala amukan melampau atau lebih dikenali sebagai tantrum.
Menurut Shima, Sophia sering menangis dan mengamuk meminta pelbagai kemahuan ketika terbangun dari tidur di waktu malam.
"Macam ni lah dia tengah-tengah malam, dia akan terbangun lepas tu menangis mengamuk, tak tahu dia nak apa, kejap nak tidur dalam buai, kejap nak tidur atas katil, kejap nak tidur dalam buai balik, lepas tu atas katil semula.
"Dia boleh menangis meraung dan menjerit dalam satu jam tanpa henti, kadang-kadang dia nak peluk, kadang-kadang taknak pegang langsung," kongsinya di Instagram.
Walaubagaimanapun, Shima menerima perkara itu dengan positif dan menganggap kesabaran adalah kunci utama.
"Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah," tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Shima bersimpati dan berkongsi tips berdasarkan pengalaman masing-masing.
Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
#pelakon #Pelakon #Shima Anuar