Ucapan Istimewa Fazura Sempena Hari Lahir Ibu - “Bila Tanya Nak Hadiah Apa? Cukup La…”
Asyikin Mayudin
12/07/2023 07:20 MYT
12/07/2023 07:20 MYT
Ucapan istimewa pelakon Nur Fazura sempena ulang tahun kelahiran ibu tercinta menerusi laman Instagram menarik perhatian netizen.
Isteri kepada aktor Fattah Amin ini mengucapkan terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan oleh ibunya selain bersyukur menjadi anak perempuan kepada wanita itu.
“How do I even begin to thank you for segala pengorbanan mama, your kasih-sayang yang tak berbelah bagi, your endless duas and your heart of gold. MasyaAllah if only we knew to the very core… but Allah SWT.
“Terima kasih kerana menjadi Mama kepada semua orang (manusia dan semua haiwan yang telah anda pelihara dan beri makan) Jika saya mempunyai satu perkara untuk dikatakan tentang awak ialah, awak adalah yang paling nyata daripada mereka semua.. dan saya sangat bersyukur menjadi anak perempuan awak,” katanya.
Dalam pada itu, Fazura turut mendedahkan ibunya tidak mahu hadiah selain hanya ingin doa daripada anak-anak sahaja.
“Bila tanya nak hadiah apa? Cukup la doa saja kata mama. Yang mengenali mama akan tahu how protective she is of her children, let alone nak menyusahkan any of us walaupun again.
“You deserve everything in this dunya and akhirah,” kongsi Fazura.
Rata-rata netizen turut memuji kecantikan Fazura dan ibu aktres tersebut selain turut mengucapkan selamat hari lahir.
ARTIKEL BERKAITAN: “Lihat Fatima Kesian, Dia Seorang Diri” - Nur Fazura Tak Tolak Rezeki Jika Dikurniakan Anak Kedua
ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sebagai Seorang Ibu, Saya Sangat Sakit Hati…” - Fazura