Pelakon Izreen Azminda berkongsi kisah pengalamannya melahirkan anak kedua, Aaron Ibrahim baru-baru ini.

BACA: "Syukur Alhamdulillah...Semuanya Berjalan Lancar" - Izreen Azminda Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Kata Izreen, pengalaman itu lebih bermakna apabila dia ditemani suaminya, Ude Wahid sspanjang proses bersalin.

"Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama.

"Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani untuk memberikan sokongan.

"Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan terpaksa dijalankan akibat situasi cemas.

"Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak," katanya kepada Harian Metro.

Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg di sebuah hospital swasta ibukota.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 dan berpisah pada 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Muhammad Adrian Umar.

Ude juga memiliki dua orang cahaya mata lelaki iaity Arish Muqri, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Sumber: Harian Metro