VIRAL
"Ugut Nak Viral, Fitnah & Aibkan Orang, Mana Otak?" - Dakwa Dianiaya, Remy Ishak Buat Laporan Polis
Pelakon Remy Ishak tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya difitnah oleh seorang lelaki.
Kata Remy, lelaki berkenaan bersikap kurang ajar dan melampau hingga menganiayanya.
"Saya baru balik daripada balai polis tadi. Saya membuat laporan polis sebab ada satu mamat dia kurang ajar dengan saya.
"Saya faham sekarang dunia viral tapi jangan nak ambil kesempatan dan jangan nak aniaya kami.
"Ya, saya tahu zaman sekarang semua orang nak glamor, kadang-kadang buat benda tak sepatutnya, mengaibkan orang dan buat video viral terutama berkaitan selebriti sebab nak glamor," kata Remy menerusi video Instastory miliknya.

Pelakon filem Sembunyi Amukan Azazil itu menyifatkan tindakan sedemikian tidak berakal dan bodoh.
"Ugut-ugut nak viralkan, nak fitnah, nak aibkan orang, where is your brain?
"Ada banyak cara lain nak dapat duit tetapi buat benda bangang sebab semata-mata nak satu kampung tahu masalah kau, bodoh!" katanya lagi.
Bagaimanapun, Remy tidak mendedahkan maklumat lanjut berkenaan laporan polis tersebut malah tidak dinyatakan individu yang dimaksudkan.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @remyishak