Hiburan

Ugutan Bunuh, Naim Daniel Buat Laporan Polis Demi Keselamatan Keluarga & Beri Pengajaran

Umirah Halim
22/05/2024
02:25 MYT
Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel tampil mengulas isu mengambil tindakan undang-undang susulan telah menerima komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya.

Keselamatan ibu bapa

Jelas Naim, perkara itu dilakukan untuk menjaga keselamatan ibu bapanya.

"Sebenarnya untuk menjaga keselamatan terutamanya mak ayah saya dan saya juga nak ambil perkara ini serius.

"Bukan sahaja komen itu, tetapi ada juga komen-komen lain yang dibawah siasatan juga sebenarnya.
"Saya rasa perkara ini tidak perlu jadi sebegini, apa-apa yang kita nak buat untuk isu Blockout ke apa, itu adalah hak individu tetapi ada yang sehingga menghina dan mengancam nyawa orang walaupun sekadar menulis, itu adalah perkara yang salah sebab negara kita ada undang-undang,” katanya ketika ditemui Gempak.

Pengajaran buat semua

Selain itu, Naim turut menjelaskan bahawa dia bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran buat semua.
"Saya juga ingin menegaskan saya tidak disebelah pihak zionis ke apa sebab saya memang berpendirian tetap bersama saudara di Palestin.
"Saya juga rasa untuk mengambil tindakan undang-undang ini sebagai salah satu pengajaran dan orang tersebut telah direman dan perkara ini masih di dalam siasatan,” tambahnya lagi.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai isu boikot selebriti atau Gerakan Blockout 2024 yang bertujuan menyekat atau unfollow artis yang mempromosikan jenama pro-Israel itu.
Bagaimanapun, Naim telah menerima kecaman daripada orang ramai gara-gara sebuah hantaran di Platform X nya yang yang telah disalahertikan orang ramai.
Tidak terhenti disitu, Naim turut menerima komen berbaur ugutan bunuh yang membabitkan ibu bapanya di media sosial gara-gara isu tersebut.
Susulan itu, aktor tersebut telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 24 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Berita Trending: “Tiada Cadangan Tarik Report” - Naim Daniel

Berita Trending: Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Nama Zayn Rayyan Dipinda Kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan

gempak
26/07/2024
05:25 MYT
Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Jumaat dimaklumkan nama kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mati dibunuh pada Disember lalu telah ditukar kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan.
Berita

Ibu Bapa Albertine Leo Tidak Kenal Mana-Mana Suspek Culik, Polis Masih Teruskan Siasatan!

gempak
25/07/2024
10:25 MYT
Ibu bapa kepada Albertine Leo Jia Hui, 6, tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kelima-lima suspek yang direman bagi membantu siasatan kes penculikan kanak-kanak itu.
Hiburan

Teman Wanita Dakwa Dipukul Pelakon Tarik Balik Laporan Polis

gempak
20/07/2024
07:30 MYT
Wanita yang membuat laporan polis mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon sudah menarik balik aduannya.
Berita

#JusticeforZaynRayyan: Adik Kepada Zayn Rayyan Masih Dijaga JKM, Ibu Bapa Dibenar Melawat Namun Bersyarat

gempak
18/07/2024
00:25 MYT
Berhubung sama ada ibu bapa kanak-kanak itu dibenar melawat, Azmir berkata, mereka mempunyai akses untuk berbuat demikian namun bersyarat.
Sukan

Selangor FC Pertimbang Ambil Tindakan Terhadap Keputusan MFL

gempak
25/06/2024
17:58 MYT
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda yang dikenakan Malaysian Football League (MFL) kepada pasukan itu.