Penyanyi Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya telah ditahan baru-baru ini.

Tidak akan tarik laporan

Jelas Naim, dia tidak akan menarik laporan yang telah dibuat dan bakal menyerahkan segalanya kepada pihak polis.

“Saya biar pihak polis yang selesaikan dan so far tiada cadangan untuk menarik report,” ujarnya ringkas kepada Gempak.

Terdahulu, Naim Daniel menerima pelbagai komen berbaur negatif daripada warganet susulan pernah menasihati pengguna agar tidak keterlaluan dalam memboikot artis yang terkait dengan jenama pro-Israel.

Seorang individu telah bertindak meninggakan komen berbaur ugutan untuk membunuh ibu bapa pelantun lagu Sumpah itu.

Bagaimanapun, individu tersebut telah ditahan sejurus Naim membuat laporan polis terhadap individu yamg menulis komen tersebut.

Berita Trending: Bersuara Isu Blockout 2024, Naim Daniel Kecewa Terima Komen Negatif

Berita Trending: “Jangan Bersifat Personal, Sekarangkan Dah Bergaduh Sesama Bangsa, Ugut Sana Sini” - Scha Al-Yahya