Para penari street dance di Malaysia, bersedia untuk bersinar bagaikan emas!

Anda berpeluang untuk diketuai penari-penari hebat negara menerusi pertandingan street dance sensasi yang bakal dipaparkan dalam Battleground Malaysia: Road to Gold, siri realiti sebanyak enam episod yang diterbitkan oleh Astro.

Uji bakat untuk Battleground Malaysia: Road to Gold dengan post rutin tarian anda, sama ada solo atau berkumpulan menerusi TikTok/Instagram dengan hashtag #BTGMYaudition.

Uji bakat dalam talian bermula 17 Jun hingga 2 Julai 2023 untuk mereka di antara 9 hingga 30 tahun.

Penari yang disenarai pendek akan mara ke pusingan kedua menerusi uji bakat on-ground di pusat membeli-belah AEON Shah Alam pada 8 dan 9 Julai di mana 60 penari akan dipilih untuk bertanding dalam Battleground Malaysia: Road to Gold.



Bermula daripada peringkat ini, empat kapten tersohor akan mencari krew penari mereka masing-masing dengan menguji kebolehan individu menerusi pelbagai cabaran tarian. Hanya penari yang terhandal bakal mara ke peringkat pertandingan seterusnya.

Empat kapten tersohor ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali dalam breaking Lego Sam, wakil B-Boy Sukan SEA Mohammad Faridh “Khenobu” Mohd Yasin, Danny Lee dari kumpulan muzik dan tari 3P (Threee Production) serta penari dari kumpulan yang memenangi Astro Battleground 2010 dan 2011, Savoon (@savooneleven).

Peringkat akhir akan menyaksikan 3 krew penari bertanding untuk merangkul kejuaraan dan akan membuat persembahan di hadapan panel hakim antarabangsa.

Juara akan menerima wang tunai RM100,000 dan tempat kedua akan menerima RM30,000. Selain itu, penari-penari dalam kumpulan kedudukan pertama akan bertanding di antara satu sama lain.

Penari terbaik pertandingan akan menerima RM25,000.

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan satu inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan.

Untuk maklumat lanjut, layari, https://www.astro.com.my/btgmy