Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Umie Aida Ajar Anak Setahun Tak Sentuh Perhiasan Kaca & Conteng Dinding

Syafiqah Jalal
25/08/2020 10:13 MYT
Pelakon Datin Seri Umie Aida akui mengajar setiap anak angkatnya supaya tidak menyentuh barang atau perhiasan kaca dan menconteng dinding seawall usia setahun.

Terbaharu, Umie mendedahkan anaknya, Nur Aisya Humaira, 1, sudah mula memahami dan tidak akan menyentuh perhiasan kaca yang berada di depan matanya.

“Dulu Me (Umie) ajar anak Me Danial dan Dzul begini la. Barang-barang rumah jangan sentuh atau kacau sebab Me memang suka hiasan kaca.

“Jadi bahaya kalau anak-anak main pecah kena tangan mereka kan. Sekarabg turn Aisya Humaira pula.. Alhamdulilah dia sudah faham sikit,” katanya.

Umie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, Umie memuat naik video dia menguji Aisya untuk tidak menyentuh perhiasa kaca dan kristal miliknya.

Menurut Umie selepas ini, dia akan mengajar Aisya bagaimana menggunakan pensel dan hanya digunakan untuk menulis di buku atau kertas sahaja bukan di dinding.

“Next step Me akan bagi pensil dan buku untuk dia conteng. Supaya dia tahu conteng dibuku, bukan di dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan,” katanya lagi.

Rata-rata memuji cara Umie mendidik kesemua anak angkatnya dan turut berkongsi pengalaman mereka mengajar anak masing-masing

Sebelum ini, Umie telah membesarkan dua orang anak angkat lelaki iaitu Mohd Daniel Firdaus, 27, dan Mohd Dzulhilmi, 26.

Umie dan suami, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan bernikah pada 14 Mac 2010 di hadapan Kaabah, Masjidil Haram Mekah.

Dulu me ajar anak me danial & dzul begini la.. brg2 rumah jgn sentuh atau kacau.. sebab me memang suka hiasan kaca .. jadi bahaya..kalau anak2 main pecah kena tangan diorg kan. Skg turn aisya humaira lak.. Alhamdulilah.. dia sudah faham sikit.. ☺️. Next step me akan bagi pensel dan buku utk dia conteng.. supaya dia tahu conteng dibuku .. bukan dinding rumah. Dan kita ajar umur begini cara menjaga kebersihan . #aisyahumaira #1tahun2bulan

A post shared by umieaida ?? (@umieaida9) on

#pelakon #Anak #Pelakon #Aida #Ajar #'Umie
;