Umie Aida ‘Naik Hantu’, Zahida Rafik Bagi Klu?
Fiza Kamarudin
12/06/2019 07:36 MYT
12/06/2019 07:36 MYT
Semalam, kecoh mengenai pelakon filem Dukun, Datin Seri Umie Aida mendakwa dirinya dikhianati sahabat baik sendiri.
Luahan perasaan Umie menerusi entri di laman Instagram (IG) miliknya itu mendapat pelbagai reaksi dan spekulasi oleh netizen di ruangan komen.
Malah, menerusi ruangan tersebut juga rakan-rakan artis turut berkongsi rasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada Umie.
Antara tulisan yang menarik perhatian ialah apabila sahabat karib Umie, pelakon Zahida Rafik membalas komen netizen yang menghentam dan menuduh Umie ‘meroyan'.
Komen Zahida itu seperti memberi gambaran tentang apa yang sedang berlaku dalam rumah tangga Umie sehingga menyebabkan dia membuat luahan sedih di IG.
“Saya harap suatu hari nanti ia akan berlaku kepada suami atau teman lelaki awak, selepas itu baru awak tahu apa rasanya. Jangan sesuka nak cakap saya batu api sebab awak tak tahu cerita, jadi…tolonglah ya,” tulisnya membalas komen seorang warga net.
Terdahulu, warga net tersebut meninggalkan komen seolah-olah mendakwa Zahida sebagai batu api kerana kerap berbalas komen dengan Umie.
Dalam pada itu menerusi IG story, Umie menjelaskan tujuan dia membuat pendedahan dikhianati sahabat baiknya itu bukan untuk mengaibkan sesiapa.
Sebaliknya hanya ingin meluahkan rasa sakit dan kecewa apabila dikhianati sahabat baik sendiri, apatah lagi ini bukan yang pertama kali.
“Aku pernah maafkan dia dan terima dia semula sebagai sahabatku. Kepercayaan ku musnah sekali lagi. Segala bukti jelas ku ada.
“Dan aku ‘text’ dia dengan baik dan merayu untuk dengar penjelasan dia walapupun ku ada bukti kukuh. Jawapan dia… ‘Maaf kerana kesilapan itu’.
“Habis maaf sebelum ini apa? Tak ada makna ke? Aku penat jadi bodoh, jadi pemaaf…Tapi orang ambil kesempatan atas kelemahan aku, aku penat!
“Dan aku tak mahu cakap benda ni lagi, aku nak move on! Bye!,” luahnya.
Foto: Cari.com