Pelakon Ummi Nazeera membeli lima alat ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawanya dirinya hamil.

Menurut suaminya, Dr. Mohd Izzar Anwari perkara itu dilakukan adalah untuk mendapatkan kepastian kerana ujian pertama yang dilakukan adalah samar-samar.

“Ummi membeli lima alat ujian kehamilan kerana dia tidak berpuas hati dengan keputusan awal yang dilakukan oleh doktor.

“Ini kerana ketika ujian pertama dilakukan keputusannya samar-samar ketika itu.

“Ummi akan membuat ujian setiap hari sehinggalah alat tersebut menunjukkan keputusan positif pada hari ketiga ujian dilakukan.

“Sebagai suami saya amat gembira sekali memandangkan ini merupakan anak pertama kami kerana kehadiran cahaya mata akan menguatkan lagi kasih sayang di antara kami suami-isteri,” katanya kepada Astro Gempak.

Ummi ditemui pada majlis sidang media pelantikan sebagai duta Duo Be’Cell, di Suka Sucre Bistro, Cheras, pada Rabu.

Pada majlis itu, Ummi mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil empat bulan.

Ummi telah mendirikan rumah tangga dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai tahun lalu.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi