Ummi Nazeera Flashback Detik Perkenalan Dengan Suami, Peminat Komen - "Sweet-nya!"

Kamaruddin Razal
Januari 5, 2018 11:59 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mengimbas kembali detik perkenalan bersama suaminya, Dr. Mohd. Izzar Anwari dua tahun lalu.
Ummi berkongsi kisah berkenaan menerusi dua buah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @umminazeera.
Entri pertama mengimbas bagaimana Ummi berkenalan dengan ibu Izzar terlebih dahulu.
Menerusi entri kedua pula, Ummi memuat naik paparan skrin perbualan pertamanya bersama suami di aplikasi WhatsApp.
Rata-rata peminat memuji sikap 'sweet' suami Ummi yang masih menyimpan kenangan pertama perkenalannya bersama Ummi.
"@kelipkelip317: OMG! He is such a sweet guy! Lucky you! Not so many guys will keep this thing you know."
"@sharina_9: Sweetnya lah... Carikan jodoh untuk saya jugak ye Kak Ummi @umminazeera."
"@dalilah_ssi: Aww #relationshipgoals. You guys are so lucky to have found each other. May Allah shower his blessings on you, your husband and your family. Forever after, till Jannah."
"@syuhadah_nashru: Auwwwww! So sweet... May Allah shower the blessing on your marriage @umminazeera.. You are so lucky... Hopefully one day my future husband ada ciri-ciri macam ni... Amin #relationshipgoals."
Ummi selamat mendirikan rumah tangga bersama Izzar dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai tahun lalu.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ummi
#pelakon #Ummi Nazeera #Pelakon