Hiburan
Ummi Nazeera Nikah Dr. Izzar Ogos Ini
Pelakon Ummi Nazeera memililh Ogos ini sebagai hari bersejarah buat dirinya dan tunang, Dr. Izzar disatukan dengan ikatan yang sah.
Ummi menerusi laman Instagram (IG) memberitahu dia dan pasangan memilih Ogos kerana ia sama dengan bulan mereka menyambut hari kelahiran.
Namun Ummi bakal mengumumkan tarikh sebenar pernikahan dan majlis resepsinya pada Jumaat ini.
Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:
"Hello! Good morning and Assalamualaikum !
Saya , Ummi nazeera dan juga tunang saya Dr. Izzar akan mengumumkan tarikh akan berlangsungnya pernikahan dan resepsi kami berdua pada hari Jumaat Ini. Don't book anything yet ya !
We have chosen the month of August which is the month of our birthday to complete half of our deen in shaa Allah.
Byk dugaan bila bertunang ni haha ! Doa ya ! #MrImissesU"
Pasangan ini ditunangkan dalam sebuah majlis tertutup pada 11 Disember tahun lalu.
Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis tahun lalu.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Must-Watch Video