Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

Khairil Khusyairi
22/11/2024 15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.

Hargai Pengorbanan Suami

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ummi meluahkan rasa syukur dengan kehadiran suaminya yang setia menyayangi anak-anak mereka.

“Saya tidak membesar dengan kehadiran seorang ayah.

“Mempunyai anda menyayangi anak-anak sangat bermakna bagi saya,” tulis Ummi.

Dalam pada itu, Ummi turut menghargai suaminya itu yang mengambil tugas menguruskan anak-anak mereka sepenjang dia di set penggambaran drama Andai Tiada Dia.

“Saya sangat sibuk bekerja untuk #andaitiadadia.

“Terima kasih kerana hadir dan mengambil alih tugas selama 3 bulan yang lalu.

“It makes me so happy. Alhamdulillah,” coretnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”

ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Buat Kapsyen ‘No Turning Back’, Ramai Tak Sabar Nak Tonton Episod ‘Andai Tiada Dia’ Malam Ini – “Suri Jangan Patah Balik Okay”

Sinopsis

‘Andai Tiada Dia’ mengisahkan pasangan Suri, (Ummi Nazeera) dan Haikal, (Hisyam Hamid) yang sudah 7 tahun mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat. Tertekan dengan situasi sekeliling, Suri meminta izin kepada Haikal untuk melakukan IVF namun tidak diambil endah oleh Haikal kerana sudah selesa dan bahagia hidup tanpa memiliki anak.


Kematian Hisyam, adik kepada Haikal, meninggalkan seorang bayi malang berusia 4 bulan dan menggerakkan hati Suri untuk mengambilnya sebagai anak angkat. Kehadiran Intan (Mimi Lana), adik kepada Suri dalam rumah tangga mereka mengeruhkan lagi keadaan apabila Haikal dan Intan mula menjalinkan hubungan sulit semasa Suri sibuk menjaga anak angkat mereka.

Drama yang menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Hisyam Hamid, Ummi Nazeera, Mimi Lana dan juga Zahiril Adzim itu bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).

#pelakon #Anak #Ummi Nazeera #Drama #Suami #Dr Izzar #Pengorbanan #andai tiada dia
;