Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ummi Nazeera Tarik Diri Sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional

Mya Amri
18/12/2022 03:15 MYT
Pelakon, Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Muafakat Nasional (MN) selepas mengambil kira beberapa faktor.

Ummi memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan yang di muat naik di akaun Instagramnya hari ini.

Menurut Ummi, selain peminat dia juga mahu memberikan fokus terhadap bidang lakonan dan keluarga.

“Setelah mengambil kira kegusaran dari peminat-peminat Ummi yang disayangi serta dari pihak-pihak berkepentingan, saya Ummi Nazeera mengambil keputusan untuk menarik diri dari Muafakat Nasional, sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

“Ummi akan terus fokus berkarya dalam industri seni dan juga fokus kepada keluarga Ummi.

“Terima kasih atas kesudian Muafakat Nasional melantik Ummi dan selamat maju jaya kepada mereka sebagai sebuah NGO.

“Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua,” jelasnya.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera)

BACA: “Saya Akan Jadi Orang Pertama Halang” - Suami Mohon Jangan Salah Faham, Ummi Nazeera Bukan Sertai Parti Politik

Selain Ummi, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah juga mengumumkan pengundurannya dari pertubuhan tersebut.

Untuk info, pertubuhan Muafakat Nasional diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa.

Terdapat 30 individu dipilih untuk menyertai NGO berkenaan dan mereka yang dilantik terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti profesional, ahli akademik dan pempengaruh.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Ummi Nazeera #Tarik Diri #Muafakat Nasional #NGO.
;