Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”

Asyikin Mayudin
07/05/2024 23:55 MYT
Pernah bekerjasama menerusi drama ‘Dia Dari Syurga’ yang ditayangkan pada Mac lalu, pelakon Ummi Nazeera berkata dia dan aktor gandingannya, Aliff Aziz tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran.

Minta Pertolongan Dari Segi Lakonan

Menurut Ummi, Aliff juga sentiasa menjaga had antara mereka dan hanya meminta pertolongan dari segi lakonan ketika mereka bekerjasama dalam drama tersebut.

“Saya tidak pernah menghubungi Aliff walaupun kami berkawan. Dia pun tidak pernah ‘overlimit’ melebihi had.

“Dia pun selalu minta pertolongan saya berkenaan lakonan sebab tahu saya memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu,” kata Ummi kepada Gempak ketika ditemui di Rumah Terbuka FiziWoo pada Isnin.

Tolak Tawaran Berlakon Bersama

Tiada masalah dengan Aliff, Ummi berkata dia menolak tawaran bekerja lagi dengan penyanyi kelahiran Singapura itu demi menjaga perasaan orang sekeliling.

“Saya memang selektif termasuk mengenai pelakon gandingan dan selama ini saya juga memilih hero saya.

“Sebenarnya, ada beberapa tawaran lain saya dapat selepas disatukan dengan Aliff dalam drama Dia Dari Syurga.

“Namun, saya tolak bekerjasama dengan dia. Bukan sebab dia ada buat salah dengan saya tetapi saya cuma mahu elak mengguriskan hati sesiapa,” katanya.

Doa Untuk Aliff

Dalam masa sama, Ummi hanya mendoakan terbaik buat Aliff selepas terjebak dengan kontroversi hangat yang melibatkan ramai pihak.

“Sebagai rakan kerja, saya hanya mahu terbaik untuk semua orang. Dia dan keluarganya juga tidak pula buat salah dengan saya.

“Namun, tiba-tiba ada benda tidak baik terjadi. Saya hanya mahu doakan terbaik dan tak sebarkan aib.

“Apabila dapat tahu, saya tiada komen. Saya cuma tahu perkara tersebut melibatkan ramai orang,” jelasnya.

BERITA TRENDING: “Ada 2 hingga 3 Juta Yang Tengok IG Saya Setiap Hari…” - Ruhainies Nafi Diri Sendiri Berbalas Soalan Di Instastory

BERITA TRENDING: Tidak Lagi Berhubung Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Mahu Buka Buku Baru - “Rasanya Semua Pihak Boleh Move On…”

#Aliff Aziz #Ummi Nazeera #Bella Astillah #Ruhainies #Sarah Yasmine #Ummi Aliff
;