Laman Utama

Umum Keluar Group Selebriti Duda, Fizo Omar Masih Kunci Mulut... Netizen Ucap Tahniah Dah Kahwin Dengan Gadis Sarawak?

Azwa Rahman
22/10/2021
03:39 MYT
Aktor kacak Fizo Omar difahamkan telah menamatkan zaman dudanya bersama seorang gadis Sarawak yang dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz.
Difahamkan juga, Fazeera yang menggunakan panggilan pendek Faz pernah bertugas sebagai seorang pramugari syarikat penerbangan antarabangsa sebelum ini.
BACA: Kecoh Netizen Dakwa Kahwin Dengan Bekas Pramugari, Inikah Isteri Baharu Fizo Omar?
Menerusi laman sosial Instagram, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 35, memuat naik foto memakai baju melayu putih bersama anaknya, Wan Maryam dengan kapsyen seolah-olah telah ‘keluar’ daripada gelaran duda.
“Ok abe Joe left group ‘recond’ dulu k. Pape roger k @sharnaazahmad @nazimothman @azleekhairiofficial,” tulis Fizo.
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan selamat pengantin baru untuk pasangan mempelai Fizo dan Fazeera.
Malah, ada yang memohon pengesahan siapakah wanita yang menjadi isteri bekas finalis Hero Remaja itu.
Di ruang komen juga, ada yang berkongsi maklumat dipercayai majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di Janda Baik, Pahang.
Terbaharu, kepada Gempak, netizen berkongsi juga foto Fizo difahamkan yang pernah dirakamkan bersama Faz sebelum ini dengan kapsyen; "Ehem... ehem. Qlate (Kelantan) + Sarawakian"
Namun, sama seperti mulanya tersebar khabar angin bakal menamatkan zaman duda, Fizo tetap menyepi daripada berkongsi kenyataan kepada media.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Fizo juga gagal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Isteri Lalui ‘Bad Day’, Ini Cara Fizo Omar Pujuk - “Apa Yang Dia Buat Sangat Amazing”

gempak
27/05/2024
04:55 MYT
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri berkongsi pengalaman berdepan dengan hari yang tidak begitu baik dan lancar buatnya.
Hiburan

“Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun” - Fizo Omar

gempak
27/02/2024
07:55 MYT
Fizo berpendapat doa ibu sangat penting.
Viral

Isu Pengikut Media Sosial Kurang Senang Dengan Mentua, Isteri Fizo Berpendapat – “Masuk Saja Alam Perkahwinan, Kita Tiada Pilihan”

gempak
18/02/2024
09:55 MYT
Fazeera beri pendapat mengenai mentua.
Laman Utama

"Sebelum Ini Saya Rasa Saya Hebat, Famous... Sebenarnya Saya Salah" - Fizo Omar

gempak
09/09/2023
15:49 MYT
Seramai 300 usahawan muda dan pemimpin organisasi bakal dilahirkan melalui inisiatif Innovative School of Management (ISM)
Laman Utama

Fizo Omar & Isteri Timang Cahaya Mata Perempuan Kedua - “Diberi Peluang Untuk Sambut Sendiri Bayi Keluar Dari Rahim Ibunya”

gempak
20/05/2023
00:54 MYT
Alhamdulillah tahniah!