Viral

Umum Nak Keluar Lagu Raya Baru, Netizen Dah Muak Dengan Konten Aliff Syukri? - “Tiap Kali Ramadan Bawa Kontroversi"

Muhammad Firdaus
31/03/2024
02:55 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri, seakan-akan tidak pernah berhenti dikritik netizen dalam setiap perkara yang dilakukannya.

Keluar Lagu Raya Baharu

Terbaharu, Aliff menerusi entrinya di Instagram memaklumkan bahawa dirinya bakal mengeluarkan lagu raya atas permintaan dan ‘rusuhan’ peminat.
“Disebabkan rusuhan yang melampau untuk saya sebagai artis dan penyanyi memaksa saya mengeluarkan lagu raya, saya reda, InsyaAllah saya hanya turuti kata peminat saya.
“Nantikan lagu keramat dari artis nombor satu Malaysia, Aliff Syukri, Love Raya,” tulisnya.

Netizen 'Muak'

Bagaimanapun, hantaran itu dimuat naik semula oleh satu akaun di Platform X, di mana pengguna berkenaan menyatakan rasa ‘muak’ dengan konten Aliff Syukri yang dianggap tidak menghormati kemuliaan bulan Ramadan.
“Setiap kali Ramadan dia hadir bawa kontroversi, tidak menghormati kemuliaan bulan ini.
“Aliff Syukri dia letak sesuatu yang mulia di sisi Islam di kakinya terus dan diulang injak setiap tahun. Lepas itu, minta maaf dan ulang lagi pada tahun hadapan," luah akaun tersebut.

Boikot Aliff Syukri?

Tinjauan ke ruangan balas komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang disuarakan dan berpendapat supaya berhenti memberi perhatian kepada usahawan tersebut.
“Ni yang dia nak, nak orang kecam, nak orang bercakap pasal dia. Bad marketing is marketing. Jalan penyelesaiannya, jangan cakap pasal dia, jangan ambil tahu pasal dia,”
“Jangan beri dia perhatian. Lagi banyak orang post benda ni, lagi dia suka. Korang ingat dia bodoh ke?!”
“Kan aku dah cakap. Boikot je dia ni. Benda senang je, jangan search dan jangan share.”
Setakat artikel ini ditulis, posting yang dibuat oleh Aliff Syukri itu meraih hampir 10,000 tanda suka di Platform Instagram.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”

Sumber: Instagram/ Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
Gaya Hidup

Miss Universe Malaysia 2024 Tidak Dibuka Kepada Peserta Beragama Islam

gempak
05/07/2024
01:55 MYT
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mengambil pendekatan diplomatik untuk tidak membuka penyertaan kepada peserta beragama Islam.
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Viral

Bekas Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono Buat Persembahan Di Pestapora 2024

gempak
04/07/2024
15:57 MYT
Festival muzik Pestapora akan kembali dengan edisi untuk tahun 2024.
Hiburan

Suami Baca Taklim Sebelum Tidur, Rutin Rumah Tangga Sakinah Mawaddah Warahmah Dahlia Rizal

gempak
04/07/2024
14:50 MYT
Pempengaruh media sosial Dahlia Rizal menjadikan alaman membaca taklim bersama suami sebagai rutin sebelum tidur.