Hiburan

“Umur 2 Tahun Ke Bawah Tidak Perlu Mask, Dikhuatiri Mereka Lemas Ketika...” - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

gempak
Hanafis Haris
03/08/2020
08:24 MYT
Sponsor Banner
“Umur 2 Tahun Ke Bawah Tidak Perlu Mask, Dikhuatiri Mereka Lemas Ketika...” - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Bermula 1 Ogos, semua rakyat Malaysia diwajibkan memakai pelitup muka ataupun ‘mask’ setiap kali keluar.

Walaubagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan kepada orang ramai khususnya ibu bapa supaya memberi pengecualian itu jika anak mereka berusia dua tahun ke bawah.

Menurut Ismail Sabri, kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah tidak perlu memakai pelitup muka, selain tidak disarankan untuk dibawa ke tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan peraturan berkenaan bagi keselamatan kanak-kanak.

"Dalam laman sesawang MKN, jelas memaklumkan tidak perlu memakai pelitup muka bagi kanak-kanak (berumur dua tahun ke bawah),” katanya.

Tambahnya, jika mereka memakai pelitup muka, dikhuatiri lemas ketika tertidur dan adalah lebih baik tidak membawa anak kecil ke tempat awam kerana risiko jangkitan.

Ismaill berkata demikian pada sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di Parlimen, hari ini.

Sumber : Harian Metro

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live