Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

"Umur Dah 40-an Badan Pun Cepat Mengah" - Zul Huzaimy Nak Turunkan Berat 11 Kilogram

ZULHILMI JALIL
13/12/2019 14:10 MYT
Pelakon Zul Huzaimy memberitahu bahawa dia kini dalam proses ingin mendapatkan berat badan yang ideal.

Zul atau nama sebenarnya, Zul Huzaimy Marzuki, 41, berkata, dia perlu menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram (kg) lagi bagi merealisasikan impiannya itu.

"Berat badan saya pernah cecah sehingga 90 kg. Itu dah obesiti. Sekarang ini pun berat saya dah turun sedikit dalam 79 kg.

"Ini pun dikira normal nak ke peringkat awal obesiti. Kalau nak dapat berat badan ideal kena turunkan sehingga 68 kg," katanya.

Juara All Star Buka Panggung itu berkata demikian ketika ditemui sewaktu majlis pengumuman pelantikan dirinya sebagai duta produk makanan tambahan, TKO Nutrition di Kuala Lumpur.



Kongsi Zul lagi, dia mahu menurunkan berat badan bagi mendapatkan stamina yang mantap.

"Saya umur dah 40-an, badan cepat mengah. Rasa diri seperti tidak ada stamina.

"Pada masa sama kalau boleh nak kurangkan juga saiz pinggang dari 34 inci kepada 32 inci," ujarnya.

Bercakap mengenai pelantikan tersebut, pelakon drama Suri Katriana itu menafikan soal bayaran lumayan yang diterimanya.

"Saya pun tak tahu berapa yang dibayar. Pada asalnya, saya terima tawaran sebagai duta ini pun sebab kawan.

"Lagipun, saya rasa ada bagusnya juga kerana secara tidak langsung saya galakkan orang untuk ke arah gaya hidup sihat," katanya yang memberitahu pengasas produk tersebut merupakan pelakon Hairi Safwan.

TKO Nutrition merupakan produk yang didatangkan dengan pakej coaching bagi rutin kecergasan dan khidmat nasihat pemakanan secara online kepada pengguna.
#pelakon #Pelakon #Zul Huzaimy
;