Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Umur Hanyalah Angka Sahaja" - Zara Tak Kisah Kalau Kahwin Lewat?

ZULHILMI JALIL 23/01/2020 | 12:50 MYT
Pelakon Zara Zya memberitahu bahawa dia tidak pernah menjadikan faktor usia dalam membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Justeru, Zara atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd. Zainuddin, 35, berkata, dia tidak pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia tertentu.
"Bagi saya umur tu hanyalah angka sahaja. Kita ikut sahaja lah apa yang sudah diaturkan oleh-Nya.
"Kalau ada jodoh, ada lah, tak perlu nak fikir sangat (soal kahwin umur muda atau tua)," katanya kepada HLive!
Kata Zara lagi, dia juga tidak memikirkan sangat soal pengganti selepas mengalami episod putus tunang pada tahun lalu.
"Saya tidak berani nak kata apa-apa. Kalau ada (pengganti), insya-Allah. Kalau tak ada pun, sibuk kerja je lah. Sibuk dengan kucing saya.
"Sekarang saya lebih gembira. Alhamdulillah, kawan-kawan dan keluarga sentiasa ada dengan saya. Tak ada masalah pun," katanya.
Sebelum ini Zara pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Hafreez Adam pada 12 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, hubungan yang terjalin terlerai selepas pasangan tersebut dilaporkan sudah putus tunang sebulan kemudian.
BACA: Tak Sefahaman, Zara Zya & Hafreez Adam Putus Selepas Sebulan Bertunang
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#pelakon #Zara Zya #Pelakon
;