"Umur Setahun Lebih Dulu Dah Usha Amoi, Depan Mak Dia Pulak Tu" - Peminat Terhibur Gelagat Comel Anak Yana Samsudin

Rozaimi Zubaidi
Januari 9, 2019 03:46 MYT
Anak pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari, Aisy Mateen mencuri perhatian netizen apabila cuba mendekati seorang kanak-kanak perempuan lain ketika sedang berada di pusat membeli belah.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fadzil Zahari berkongsi video anaknya yang ketika itu sedang berusia setahun.
"Huhuhu Daddy tak tau la nak kagum ka nak risau dengan @aisymateen ni masa umur setahun lebih dulu dah usha amoi, depan mak dia pulak tu.
"Daddy tingkatan 5 baru berani tegur pompuan tau," tulisnya.
Rata-rata yang menyaksikan video itu mengakui terhibur dengan gelagat comel yang ditunjukkan oleh Mateen.
Yana dan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Aisy Mateen.
#pelakon #Yana Samsudin #Fadzil Zahari #Pelakon #Aisy Mateen