Uncle Mike Galas Tanggungjawab Besar Di LTdL 2024, Ambil Peluang Buat CSR Bagi Bantuan Sepanjang Laluan
Khairil Khusyairi
05/10/2024 12:25 MYT
05/10/2024 12:25 MYT
Uncle Mike sekali lagi menjadi tumpuan apabila menjadi individu terpenting dalam mempromosikan penaja di perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.
Ambil Peluang Buat Kebajikan
Menurut Uncle Mike atau nama sebenarnya Michael Tong Wai Siong, 55, pasukannya turut memberi bantuan kepada yang memerlukan dan menganjurkan beberapa aktiviti di sepanjang laluan LTdL.
“Saya adalah Ketua Jabatan bagi Cavalcade, dimana kita bertanggungjawab mempromosikan semua jenama penaja sepanjang LTdL pada tahun ini terutamanya Petronas.
“Saya adalah Ketua Jabatan bagi Cavalcade, dimana kita bertanggungjawab mempromosikan semua jenama penaja sepanjang LTdL pada tahun ini terutamanya Petronas.
“Disamping kami melalui sepanjang perjalanan LTdL ini, kami juga melakukan khidmat tanggungjawab sosial korporat (CSR). Setiap finishing kami akan cari lima keluarga untuk buat kebajikan.
“Di sekolah juga kami adakan pertandingan sorakan kampung dari peringkat 1 hingga 6 semua sekolah yang bertanding bakal memenangi hadiah wang tunai.
“Jadi kami teruja dengan semangat orang semenanjung sepanjang laluan LTdL ini, semua beri sokongan tak kira bangsa, Inilah perpaduan rakyat Malaysia yang kita ada,” ujarnya kepada Astro Arena.
“Jadi kami teruja dengan semangat orang semenanjung sepanjang laluan LTdL ini, semua beri sokongan tak kira bangsa, Inilah perpaduan rakyat Malaysia yang kita ada,” ujarnya kepada Astro Arena.
Jelajah LTdL kini berbaki satu sahaja peringkat dengan barisan pelumba dijadualkan mengelilingi daerah Bintulu sejauh 147.5km hari ini.
Untuk info, Uncle Mike mula mejadi perhatian apabila tular kerana kesudiannya menjaga tiga anak angkat lelaki Melayu beragama Islam yang juga yatim piatu selama 16 tahun.
Lebih membanggakan, Uncle Mike juga menerima Anugerah Maulidur Rasul pada tahun ini yang disampaikan oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.