,
Berita

Uncle Mike Terima Anugerah Atas Jasa Membesarkan 3 Beradik Muslim Yatim Piatu

Gempak
26/07/2024
11:42 MYT
Uncle Mike dianugerahkan National Press Club (NPC)-Macrokiosk Muhibbah Award 2024 untuk bulan Jun sempena kisah inspirasi membesarkan tiga beradik beragama Islam yang meraih respons positif dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Lelaki berketuruna Cina itu berkata, mengiktiraf keharmonian dan perpaduan dalam kalangan keluarga berbilang kaum merupakan satu hal penting bagi negara Malaysia.

Penghormatan

"Kita boleh menjadi satu, sebagai rakyat Malaysia. Apabila kita potong tangan, darah kita masih merah tidak kira bangsa," katanya ketika berucap selepas menerima anugerah itu.
Di sebalik ketidakselesaannya dalam menerima sorotan media, Uncle Mike menzahirkan rasa terima kasih yang mendalam atas pengiktirafan yang diterimanya.
Uncle Mike atau nama penuh, Michael Tong Wai Siong mengakui ramai rakyat Malaysia yang menyumbang kepada masyarakat tanpa mencari perhatian.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Takkan Pernah Boleh Gantikan Ibu & Ayah Mereka" - Uncle Mike

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Umur 58 Tahun Menang Cabaran Makan Ayam Pedas Berapi Level 5! - "20 Tahun Suka Pedas, Barulah Berselera"

ARTIKEL BERKAITAN: Uncle Cina Usia 71 Tahun Hafal Surah Yassin, Amalan Untuk Kesihatan Yang Baik

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Kena Sakit Jiwa” - Uncle Kentang

“Saya berharap dengan menerima anugerah ini, ramai lagi seperti saya akan diiktiraf oleh orang ramai kerana kita adalah rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Bercakap kepada wartawan, Uncle Mike berkata, apabila dia mula-mula bertemu dengan kanak-kanak lelaki yang bergelut dengan trauma dan kehilangan ibu bapa mereka, ia menggerakkan dirinya untuk menyediakan rumah yang penuh kasih sayang dan stabil kepada mereka.
"Saya rasa sudah takdir Tuhan saya bertemu mereka bertiga dalam hidup saya. Walaupun mereka beragama Islam, saya tidak pernah meminta mereka bertukar agama kerana saya faham mereka perlu mengekalkan kepercayaan mereka kepada Islam.
“Saya memberitahu mereka setiap hari apabila membesarkan mereka, mereka hendaklah terus berdoa dan memelihara iman mereka kepada Islam kerana itulah warisan yang ditinggalkan ibu bapa mereka sebelum mereka meninggal dunia,” kata Uncle Mike.
Uncle Mike meraih perhatian netizen selepas kisah membesarkan tiga beradik iaitu Rafei Ahmad Fauzi, Rasyid dan Abdul Rahman menerima liputan pihak media.
Sumber: NST
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Hiburan

Komposer Lagu MADANI Jiwa Merdeka Terima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor - "Agak Terkejut, Calon Lain Lebih Layak"

gempak
04/09/2024
01:30 MYT
Komposer muda, Affan Mazlan menerima Anugerah Seri Paduka Baginda Tuanku Canselor pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM), baru-baru ini.
Hiburan

Noraniza Idris Tak Fikir Soal Gelaran Datuk, Anggap Ia Rezeki Jika Dapat – “Ada Orang Murah Rezeki Dia”

gempak
03/09/2024
21:55 MYT
Penyanyi Noraniza Idris menyifatkan penganugerahan gelaran Datuk kepada selebriti adalah rezeki yang ditentukan Allah.
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.