Laman Utama

Uncle Cina Usia 71 Tahun Hafal Surah Yassin, Amalan Untuk Kesihatan Yang Baik

gempak
Mya Amri
08/08/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Uncle Cina Usia 71 Tahun Hafal Surah Yassin, Amalan Untuk Kesihatan Yang Baik
Seorang warga emas lelaki yang bukan beragama Islam menjadikan hafalan surah Yassin sebagai amalan hariannya.
Menerusi satu video tular yang di muat naik di TikTok, rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang dipandu oleh lelaki warga emas berbangsa Cina.
Apa yang menarik perhatian adalah, video itu juga turut merakamkan warga emas itu sedang membaca surah Yassin sambil membawa kereta.
Difahamkan juga, pemandu itu menghafal ayat Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
“Saya ambil Grab dari Batu Belah ke AEON Bukit Tinggi, pemandu Cina berumur 71 tahun masih sihat. Bila saya tanya apa rahsianya dia jawab…
“Hari hari saya doa dan membaca 17 ayat pertama dari surah Yassin. Ini semua hasil pergaulannya dengan rakan-rakan Melayu sewaktu bekerja dahulu.
“Meleleh air mata saya mendengarnya. Hanya sekadar berkongsi,” maklum lelaki yang merakamkan video berkenaan.
@rosenikay Allahuakhbar ..semoga uncle ni diberi hidayah..#fyp #foryou #foryoupage #sharing ♬ original sound - R Kamaruddin
Sementara itu di ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan rasa kagum dengan warga emas itu dan mendoakan kesihatan yang baik untuk dirinya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live