Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Undang Penari Seksi: "Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata... Itu Majlis Perkahwinan Saya" - Ahya Rosli

Kamaruddin Razal
08/04/2019 00:13 MYT
Pelakon dan model, Ahya Rosli mendakwa dia berhak untuk melakukan apa sahaja pada majlis resepsinya, termasuklah mengundang penari seksi seperti yang boleh ditonton menerusi video yang tular hujung minggu lalu.

Menurut laporan BH Online, Ahya tidak kisah dengan kritikan warganet kerana persembahan itu sekadar hiburan khas untuk tetamu yang hadir ke majlis resepsinya.

“Saya tak kisah apa orang nak kata (mengenai majlis resepsi semalam)... Itu majlis perkahwinan saya. Saya berhak untuk buat apa sahaja yang saya suka.

“Lagipun, persembahan itu sekadar hiburan biasa untuk tetamu... Netizen pula berlebih-lebih,” katanya.

Tambah Ahya, dirinya sudah lali dengan kritikan netizen dan isu tersebut bukanlah menjadi masalah besar buatnya.

"Majlis resepsi semalam berlangsung dengan lancar, malah semua tetamu gembira.

“Sudah namanya ‘show’ (pertunjukan)... Ada orang pilih persembahan silap mata, ada yang suka badut atau tarian... Semua ini untuk membuatkan orang (tetamu) gembira.

“Bagi saya, perkara itu bukanlah isu besar. Netizen suka memperbesarkan apa saja perkara selagi boleh.

“Jika anda lihat, kebanyakan yang memberi komen menggunakan akaun palsu. Mungkin mereka adalah orang yang dekat dengan kita,” kata Ahya.

Terdahulu, Ahya mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Shahirah Philip pada 29 Mac lalu.

Sumber: BH Online
#Ahya Rosli