Hiburan

"Undang-Undang Allah Ada, Tapi Kita Ikut Jugalah Ikut Undang-Undang Negara," - Diugut, Syafie Naswip Buat Laporan Polis

Badrul Hashim
10/11/2020
23:30 MYT
Tanpa angin tanpa ribut, tiba-tiba pelakon terkenal Syafie Naswip menerima ugutan melalui Mesej Terus (Direct Message) di Instagram miliknya.
"Kau tunggu bila-bila masa aku akan upah bomoh kau, aku rela habis duit untuk santau kau.
"Aku nak pesan kat kau kalau tak boleh cara bomoh aku buat cara lain okeyy, bye," tulis pengguna Instagram palsu tersebut.
Syafie kemudiannya berkongsi Direct Message tersebut di Instagram miliknya.
"Motif? Kenal kau pun tidak. Makin hari manusia semakin menakutkan," tulisnya sebagai kapsyen.
Tidak beberapa lama kemudian, pengguna Instagram palsu tersebut sekali lagi menghantar Direct Message dan kali ini menghina ibu kepada Syafie.
"Kau nih dok pos kat IG pula. Muka kau dengan mak macam sial lah," tulis akaun palsu tersebut.
Memikirkan bahawa mesej tersebut sudah mengaitkan ibunya dan menjadi lebih peribadi, Syafie mengambil keputusan untuk mengambil tindakan secara betul.
"Yang pertama tu saya tak ambil serius sangat. Saya anggap ada segelintir manusia ni yang memang tak ada kerja, tapi bila dah buat hinaan terhadap ibu saya, itu sudah melampau. Saya tak akan biarkan sesiapa mengganggu keluarga saya.
"Undang-undang Allah ada, tapi kita ikut jugalah undang-undang negara. Sebab itu saya buat keputusan untuk membuat laporan polis," kata Syafie kepada Gempak sebaik selesai membuat laporan polis di Balai Polis Nilai.
Menurut Syafie, pengguna Instagram palsu tersebut telah menggunakan gambar-gambar dan video-video daripada Instafamous yang menggunakan nama tokwann_
"Instafamous tersebut ada menghubungi adik saya dan memberitahu bahawa gambar-gambarnya digunakan oleh akaun palsu tersebut. Dia bersumpah bahawa bukan dia yang menghantar mesej tersebut kepada saya.
"Pada masa yang sama dia juga telah membuat laporan polis mengenai hal tersebut setelah melihatnya di Instagram saya," kata Syafie lagi kepada Gempak.
Tambah Syafie, segala-galanya telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan dan dia sangat berharap agar manusia yang tidak bertanggungjawab itu berjaya ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

"Dapat Petunjuk Ke Dapat Bisikan Iblis?" - Rita Rudaini Sokong Pihak Dapat Surat Layang Kes Zulfarhan Dihukum

gempak
24/07/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X surat layang yang didakwa dihantar penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk meminta bantuan warden bagi menyelamatkan Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Hiburan

Zahiril Adzim Terima Ugutan Pukul & Santau - “Kalau Kacau Keluarga Memang Saya Cari!”

gempak
01/06/2024
11:55 MYT
Pelakon, Zahiril Adzim mendapat kecaman teruk daripada netizen selepas melakonkan watak antagonis bernama Dr Omar.
Hiburan

Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"

gempak
01/05/2024
09:55 MYT
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening
Viral

Diejek Muka Berkurap & Kurus Seperti Mumia, Wanita Ini Santau Pembuli - “Aku Gembira Melihat Dia Menderita”

gempak
29/02/2024
07:55 MYT
Seorang wanita mengakui sanggup menggunakan ilmu hitam demi melihat individu yang membulinya ketika zaman belajar menderita lalu mati