Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.

Seramai tiga individu dengan ‘bakti’ persis adiwira telah dicalonkan dan mereka adalah:

XYZ Team

Sekumpulan individu dengan identiti dirahsiakan mengeluarkan dana peribadi dan menggunakan wang yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan. XYZ Team sendiri turun padang dalam memberikan bantuan.

Yayan

Sebagai pencinta haiwan, wanita ini sering menjadi tumpuan netizen kerana membantu dan menyelamatkan kucing jalanan atau didera.

Jiu Ming Ge

Wira bermotosikal dengan nama sebenar Lim Meng Jin ini meraih perhatian selepas menggunakan masa dan kudratnya untuk membantu menyelamatkan lebih 60 nyawa orang awam.

Wonda Coffee Keluang Man Of The Month yang turut berada di samping 11 kategori sedia ada Gempak Most Wantedmerupakan inisiatif bagi mengiktiraf individu viral di sosial media atas usaha murni yang telah mereka lakukan.

Inisiatif ini sekali gus dapat membantu dalam mempermudahkan urusan mereka yang memerlukan bantuan serta memberi impak yang positif di dalam komuniti kita.

Kenapa Keluang Man? Seperti Keluang Man, dia juga merupakan insan biasa yang mempunyai keberanian luar biasa yang tinggi walaupun dia tidak mempunyai kuasa, tiada gadget berteknologi tinggi, tapi dia sangat berani dan itulah kekuatan sebenar seorang keluang Man.

ARTIKEL BERKAITAN: Aleeya Zailan Hero Tempatan, Masak Untuk Orang Masjid! | Wonda Coffee Keluang Man Of The Month

ARTIKEL BERKAITAN: Wonda Coffee Keluang Man Of The Month: Jom Calonkan Individu Pilihan Anda Untuk Bulan Jun!

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Mungkin Kena Sakit Jiwa” - Uncle Kentang

ARTIKEL BERKAITAN: Lando Jadi 'Adiwira' Selamat Nyawa Pengguna Jalan Raya

Undian dibuka bermula Rabu, 11.00 malam setiap awal bulan dan berakhir pada Rabu, 10.30 malam setiap akhir bulan. Undian boleh dibuat di www.gempak.com/gempakmostwanted.

Seorang pemenang setiap bulan akan diumumkan dan ditemubual di segment Gempak Most Wanted. Jom calonkan hero Wonda Coffee Keluang Man Of The Month di sini!

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.