Laman Utama

Ungku Ismail Kecewa Niat Baik Kongsi Keadaan Nad Zainal Disalah Erti; “Mulai Hari Ini Saya Tak Akan Bagi Update…”

Shahrin Zulkifle
27/11/2022
00:00 MYT

Pelakon Ungku Ismail meluahkan rasa kecewa dan kesal apabila wujud pihak yang mendakwa dirinya mengambil kesempatan ke atas nasib yang sedang menimpa teman rapatnya, Nad Zainal yang ketika ini sedang di tidurkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jelas Ungku, dirinya hanya ingin menyampaikan dan berkongsi keadaan semasa mengenai tahap kesihatan Nad tanpa wujud rasa untuk menumpang populariti aktres berkenaan.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan update tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase (mengubah) cakap saya seolah saya ni batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ini mengambil kesempatan daripada keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya," ujarnya.

Ungku berkongsi rasa kekesalan itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Stories miliknya malam tadi.

Melihat kepada keadaan Nad yang masih belum sedar, aktor berusia 36 tahun menjelaskan sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk bercerita mengenai hubungan dan kerjaya. Malah yang penting baginya adalah kesembuhan segera buat ibu kepada dua cahaya mata itu.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad. Dan saya yakin, ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing masing.

“Ini sudah bukan apa saya mahu daripada press untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain,” tambahnya.

Dalam pada itu, akibat terasa dengan tindakan kurang bijak sesetengah pihak, Ungku menjelaskan bahawa dirinya tidak akan lagi mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Nad.

“Saya mulai hari ini tidak akan memberi apa-apa statement update lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” katanya lagi.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

gempak
10/07/2024
11:16 MYT
Dua pelakon Puteri Sarah Liyana dan Nad Zainal menerima Anugerah Khas dari syarikat MommyHana.
Berita

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Strok Haba, Seorang Dirawat Di ICU

gempak
05/04/2024
08:55 MYT
Satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Viral

“Mak Dia Small Size, Anak Fuh Sedap!” - Dynas Mokhtar Kongsi Wajah Anak Nad Zainal & Ungku Ismail?

gempak
04/03/2024
00:55 MYT
Comel!
Laman Utama

#GempakWrapped2023: Kahwin Sorok, Kahwin Mengejut, Wedding Of The Year, Jom Recap!

gempak
28/12/2023
07:42 MYT
Ramai tiba-tiba kahwin tahun ni kan?
Laman Utama

“Masa Tu Nampak Putih Je, Saya Bertaubat… Mengucap” - Nora Ariffin

gempak
07/12/2023
06:45 MYT
Nora Ariffin cerita punca sakit.