Ungku Ismail, Nad Zainal Sambut Kelahiran Anak Lelaki
Izwan Isa
14/10/2023 01:47 MYT
14/10/2023 01:47 MYT
Pelakon Ungku Ismail berkongsi kisah gembira dengan kehadiran cahaya mata pertamanya bersama isteri, Nad Zainal.
Menerusi kemas kini terkini di Instagram, dramatis itu meluahkan rasa bersyukur kepada Allah SWT, selain ucapan terima kasih kepada isteri yang telah melahirkan zuriatnya.
“Cinta tak semestinya selalu berwarna merah, kadang-kala ia berona putih.
“Selamat datang anak lelaki ku, ke dunia yang merupakan tempat yang penuh kepayahan. Tetapi di mana kamu berdiri menerusi perspektif Tuhan, menentukan kegembiraan kamu.
“Ahmadullahu wash kuruh, Subhaanak Robbul Arsyil 'Adzeem and thank you my love @nad.zainal,” tulisnya.
Ungku Ismail mendirikan rumah tangga dengan Nad pada 23 Januari lalu.
Sebelum ini Nad pernah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015.
Bersama bekas suami, Nad dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.
BACA: Ungku Ismail Ada Kualiti Suami Idaman Nad Zainal - “Saya Dah Bijak, Dia Kena Lagi…”