Laman Utama
Ungku Ismail Ada Kualiti Suami Idaman Nad Zainal - “Saya Dah Bijak, Dia Kena Lagi…”
Pelakon Nad Zainal mendedahkan kebijaksanaan aktor Ungku Ismail antara salah satu kualiti seorang suami yang idamannya.
Menurut Nad, dia sememangnya mahu seorang suami seperti Ungku Ismail yang serba serbi bijak terutama dalam menguruskan keluarga.
“Saya suka individu yang bijak, pandai bawa diri, seorang lelaki kenalah pandai dalam agama, dan menjaga solat… dia kena bijak, serba serbi bijak. Kalau nak bandingkan saya yang bijak ini, dia kena lagi bijak.
“Saya dah bijak dah, dia kena lagi bijak daripada saya. Untuk jumpa lelaki yang bijak daripada saya, susah. Untuk saya hormat seseorang itu, menjadi ketua keluarga itu, susah nak dapat ciri-ciri lelaki begitu.
“Selalunya ramai perempuan sekarang ini yang ambil alih tugas lelaki, mendominasi keluarga. Saya seorang wanita tradisional, jadi saya suka yang dominat, ada leadership,” katanya.
Bukan sahaja seorang yang bijak, Nad berkata dia juga terpikat dengan sikap suaminya yang sentiasa mengutamakan ibu bapa.
“Dia ada kualiti-kualiti itu dan sangat penyayang… dia seorang suami, bapa dan anak yang baik. Itu sangat penting, carilah bakal suami yang mampu menyayangi parents anda, macam dia sayang parents sendiri.
“Itu yang saya jumpa pada Ismail, kualiti-kualiti itu Alhamdulillah ada. Tapi nak cakap terlalu awal pun, macam memang terlalu awal. Sebab belum sampai setahun lagi.
“Ada banyak lagi benda tak kenal. Selain itu, kita sekepala dan kita suka makan, berjalan. Carilah lelaki yang bijak, yang boleh melentur anda terutama awak ini yang jenis degil,” ujarnya.
Untuk info, Nad mendirikan rumah tangga dengan aktor Ungku Ismail pada 23 Januari lalu dan kini menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka.
Sebelum ini, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah bercerai pada sekitar September 2022.
Nad dan bekas suaminya itu mempunyai dua cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia dua tahun.
Must-Watch Video