Domino’s Pizza Malaysia Meraikan Anda Dengan 25,000 Piza Percuma

Beza dengan rangkaian jenama piza yang lain, Domino’s sering tampil dengan idea dan rasa yang sentiasa bereksperimentasi, kreatif dan inovatif dalam mencipta menu mereka untuk disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia.

Boleh dikatakan sepanjang 25 tahun kewujudannya di Malaysia, Domino’s adalah salah satu perintis dalam mencipta menu inovatif yang memikat selera rakyat di negara ini.
Di awal kemunculan Domino’s memperkenalkan piza Crunchy Thin Crust yang mana mereka adalah antara jenama pertama memperkenalkan kerak yang nipis dan rangup.
Jika diimbau pada tahu 2000, Domino’s yang tahu akan cita rasa Malaysia iaitu yang terkenal dengan tahap kepedasan yang berbeza itu tampil dengan dua jenis rasa yang unik iaitu Spicy Sambal dan Flaming Tuna. Spicy Sambal didatangi dengan gabungan keunikan Malaysia iaitu ditaburi dengan cebisan ayam, ikan bilis, cili merah, cili hijau dan bawang. Sementara Flaming Tuna dengan ketulan tuna, bawang besar di atasnya bersama cili merah. Bersedia untuk memenuhi rasa pedas anda.Dalam tahun 2000 juga Domino’s turut memperkenalkan menu baharu selain piza iaitu Spaghetti Chicken Bolognese dan juga pencuci mulut pertama iaitu ais krim premium berperisa coklat dan vanilla
Tahun berikutnya, Domino’s teruskan lagi dengan menawarkan menu baharu yang merupakan pencuci mulut kedua iaitu CinnaStix dan Chicken Lasagna

Buat pertama kalinya juga, Domino’s antara yang pertama memperkenalkan gabungan piza dan pisang pada tahun 2002. Pengenalan pencuci mulut Banana Kaya Dessert, produk yang benar-benar unik di Malaysia. Pencuci mulut Banana Kaya Dessert dan experimentasi ini berjaya serta menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia sehingga kini. Piza yang dibakar dalam ketuhar dengan hirisan pisang segar, pandan kaya manis, atasnya bersama keju dan tabur gula aising sungguh mengasyikkan. Wajib cuba!
Pada tahun ini buat pertama kalinya dua tingkat lapisan kerak pizza dilancarkan iaitu Double Decker Crust! Ia satu kelainan dan menjadi kegemaran ramai!
Kerak klasik iaitu New York Crust secara tradisinya diuli serta dilambung dengan tangan, membentuk kerak lebar yang tidak terlalu nipis. Ia lebih tebal sedikit daripada kerak nipis biasa dan mempunyai tekstur lembut yang sempurna, manakala tepi yang garing memberikannya kerangupan yang memuaskan.
Domino’s memperkenalkan Domino’s Awesome Foursome di mana rakyat Malaysia boleh menikmati 4 perisa dalam satu masa.

Pada awal kemunculan Domino’s juga melancarkan sos ‘top-secret’ yang menarik minat rakyat Malaysia. Domino’s memperkenalkan 3 piza baharu – Classified Chicken, Tuna Temptation dan Vegie Fiesta.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2010, Domino’s memperkenalkan Crazy Chicken Crunchies Perisa Asli dan Ayam Panggang iaitu Roasted Chicken Drummets. Pesanan sampingan ayam Drummets yang telah menjadi kegemaran Malaysia sepanjang masa. Crazy chicken crunchies ini mempunyai rasa asli yang lazat. Tender potongan dada ayam diperap dan dilapisi tepung roti kemudian dibakar dengan sempurna. Manakala Drummet Ayam Panggang pula drummet ayam yang diperap dalam oregano kering, lada hitam dan bawang putih kemudian dibakar hingga sempurna.
Cheese Burst Double Decker ini merupakan dua kerak nipis rangup dengan lapisan sos keju cheddar berkrim di tengah-tengahnya.

Pada tahun itu, Domino’s memperkenalkan kerak piza Extreme Edge serba baharu yang disumbat dengan keju bertali Mozzarella, bawang putih dan herba untuk rasa cheese yang melampau dan ditaburi dengan campuran serbuk roti, keju parmesan dan pasli di bahagian luar.

Bagi memenuhi selera penggemar sambal lagi , pada tahun 2013 Domino’s meluaskan rangkaian Piza Sambal Surf & Turf - Udang yang diperap dalam herba dan rempah ratus, ayam cincang, nanas dan lada hijau pada sos sambal baharu dan asli Domino’s. Selain itu Piza Tropical Sambal Prawn pula ditaburi juga udang yang diperap dalam herba dan rempah ratus, bawang segar, nanas, cili merah pada sos sambal baru dan asli Domino’s. Sementara Piza Sambal Vegie pula atasnya ditaburi cendawan segar, lada hijau, bawang, buah Zaitun matang dan tomato ceri dan sos sambal baru dan aslinya.

Kerak Pizza Cheesy Pan yang diperkenalkan pada tahun 2013, dengan adunan 3 keju Mozzarella, Cheddar dan keju Parmesan, dengan 40% lebih keju daripada piza biasa, dengan kerak mentega yang ringan, semuanya dibakar dengan sempurna.
Domino’s mempersembahkan satu kelainan yang unik dengan pelancaran perisa New Cheese Burst Crust untuk memenuhi dan menggoda selera yang sedap.

Domino’s memperkenalkan piza Puff Crust unik pertama di negara ini bersama Peanut Butter Chocolate Lava cake.



Domino's menawarkan Fabulous Four iaitu set yang lazat dan lengkap yang disertakan dengan Roasted Chicken Drummets, Domino's Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Domino's Mini Cinnadots.

Domino's memulakan "A Cheese Tarik Challenge" sempena Pelancaran Cheese Tarik Crust. Dengan keju cheddar yang diselitkan dalam kerak serta ditaburkan parmesan dan dibakar dengan kesempurnaan cair keemasan, Cheese Tarik Crust dibuat dengan segar untuk setiap tempahan. Dengan isian keju cair yang meleleh keluar dari kerak rangup sambil memberikan tekstur yang lembut, elastik dan bertali pasti membuatkan anda ingin "menarik" untuk mendapatkan lebih banyak lagi.

Suntikan rasa Korea bagi mengikut trend peminat drama Korea dan K-Pop juga diperkenalkan dalam satu menu Domino’s pada tahu 2018 iaitu Samyeang Pizza. Trio Samyeang Pizza terdapat dalam 3 perisa: Ayam, Tuna, Daging Lembu dan Ayam Haseyo yang lazat. Menu masa terhad ketika itu disediakan bagi memberi kelainan kepada citarasa anda dengan adunan unik sos Samyeang yang padat dengan sensasi pedas yang mengujakan. Ia menyemarakan lagi selera anda dengan merasai masakan Korea terhangat dan sensasi.

Domino’s melancarkan pencuci mulut serba baharu, yang dibakar dengan sempurna, Kek Lava Blueberry Cheesecake. Dihidangkan segar dan panas dari ketuhar, Blueberry Cheesecake Lava Cake mengakhiri hidangan dengan rasa manis serta isi cair keju yang lazat dan buah blueberry yang segar.

Pada tahun itu, Domino’s melancarkan ciptaan terbaharu piza Royale Salted Egg dengan tiga jenis rasa berbeza untuk dipilih - Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza dan Royale Delight Pizza. Ia menampilkan kerak Royale merah yang dipasangkan dengan sos yang diselitkan telur masin dan ia dipertingkatkan lagi dengan telur masin.

4 perisa dalam 1 pengalaman menakjubkan apabila Domino's melancarkan Piza Quattro. Sesuai untuk dikongsi dengan orang disekeliling anda seperti untuk malam maraton filem, di mesyuarat pejabat, atau menganjurkan pertemuan kecil bersama rakan atau keluarga, piza Quattro ialah pilihan yang sesuai untuk semua orang. Ia adalah jawapan kepada soalan yang sering menjadi dilema "nak makan apa?"

Tidak ketinggalan bagi memenuhi citarasa penggemar raja buah pula pada tahun 2020 Domino’s memperkenalkan Kek Lava Durian untuk penggemar Durian di seluruh negara. Domino’s Durian Lava cake merupakan kek lava keemasan edisi terhad mempunyai kerak emas yang sempurna di luar dengan isi durian D24 sebenar! Bila dipotong anda akan melihat lava durian D24 warna keemasan terang mengalir keluar. Ia menjadi kegemaran ramai terutama ketika pandemik apabila mereka dapat menikmatinya di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tambahan Sos 'Top Secret' Pedas Memikat yang baharu disisipkan dengan salutan cili pedas unik yang digabungkan dengan daun pasli kering dan bawang putih rangup, menyatukan perisa campuran. Piza baharu ini menawarkan pengalaman gastronomi penuh krim dan bawang putih, dengan perisa pedas sederhana.

Paling terbaharu untuk tahun ini pula Domino’s melancarkan Mega Cheese Pizza iaitu piza yang dipenuhi dengan kejut sehingga ½ kilo beratnya, kejunya yang melimpah dan anda boleh nikmati luar biasa regangan keju apabila ia ditarik. Didatangkan dengan 3 sos asas iaitu signature, top secret dan sos keju untuk dipilih, memang “Keju Meleleh!”


Justeru, bagi meraikan ulang tahun Domino’s yang ke 25 tahun ini, mereka pastinya mahu menghargai pelanggan setia mereka dengan pelbagai tawaran hebat termasuk memberikan piza secara percuma. Bukan hanya 1 tapi 25,000 piza untuk seluruh rakyat Malaysia!



Bermula 25 Jun ini hingga 25 Disember 2022 , Domino’s bakal meraikan ulang tahun mereka bersama anda dengan memberi 25,000 piza secara percuma serta memberi tawaran hebat setiap hari sepanjang tempoh itu!
Nak tahu bagaimana untuk dapatkan 25,000 piza percuma itu? Ikuti cara di bawah:
  1. Untuk menebus, pergi ke into https://itsallaboutyou.dominos.com.my setiap 25 hari bulan.
  2. Serahkan alamat emel serperti yang diminta di microsite.
  3. Terima kupon melalui emel
  4. Daftar masuk ke https://www.dominos.com.my/
  5. Masukkan kod kupon ‘Promos & Coupon” tab
  6. Pilih perasa pizza dan teruskan untuk daftar keluar
  7. Hanya boleh didapati di pesanan dalam talian

Kod Kupon Piza Percuma hanya tersedia untuk dituntut dan digunakan pada 25hb setiap bulan bermula 25 Jun 2022 hingga 25 Disember 2022. Lengkapkan T&S untuk rujukan anda DI SINI