Datuk Gerald Hans Isaac akui teruja menerima pelantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April lalu.

Selepas 25 tahun berkecimpung dalam industri filem, Hans berkata ini peluang yang baik untuknya menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.

“Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya.

“Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air.

“Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri.

“Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain,” tulisnya.

Hans berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini mengumumkan pelantikan tersebut.

KKMM dalam kenyataannya berkata, Hans mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem.

Setelah lebih 25 tahun berkecimpung di dalam industri filem dan seni negara, saya dengan rasa rendah diri bersedia untuk menerima jawatan yang dipertanggungjawabkan kepada saya oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Untuk dua tahun yang akan datang, saya akan memberikan usaha yang terbaik demi melaksanakan tugas dan kewajipan saya. Keutamaan saya adalah kebajikan dan kesejahteraan rakan-rakan industri dan pengamal seni yang lain di samping berusaha menaikkan kualiti filem dan hasil seni tanah air. Harapan saya, masih sama, adalah supaya FINAS menjadi sebuah pertubuhan profesional, bukan politikal, dan telus supaya ia dapat bertahan dan membawa lebih manfaat kepada semua pengamal industri. Saya amat teruja dan sudah bersiap sedia untuk meneruskan perjuangan ini dan berganding tangan dengan CEO baharu FINAS, Ahmad Idham, serta ahli lembaga yang lain. Salam hormat, Dato' Hans Isaac Pengerusi FINAS

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

Beliau juga pernah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan dan Pengarah Urusan, Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dalam bidang keselamatan dan insurans.

Hans juga pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat FINAS dan Ahli Lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Pelantikan Hans berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 itu menggantikan Datuk Samsuni Mohd Nor yang menjalankan tugas sebagai pemangku Pengerusi FINAS selama lebih empat bulan yang lalu.

KKMM turut mengucapkan terima kasih kepada Datuk Samsuni Mohd Nor untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan itu