"Untuk Gambar Ni Saja Off Comment.." - Kongsi Foto Anak Mengaji Al-Quran, Ozlynn Elak Terima Pujian Atau Sindiran

Zulaikha Yusof
Julai 11, 2019 03:27 MYT
Pelakon Ozlynn telah berkongsi foto anaknya, Ariq dan Moleiq sedang mengaji Al-Quran bersama.
Namun, Ozlynn bertindak menutup ruangan komen untuk foto tersebut kerana tidak ingin menerima pujian atau sindiran.
Menurut Ozlynn, perkongsian itu hanya untuk memberi motivasi kepada diri dan mengubah mereka sekeluarga menjadi lebih baik.
"Hari ni abang ajar adik ngaji sekali.. Seronok dia sampai dia amik jari abang dia suruh tunjuk lagi kat Quran yang abang dia tengah baca. Cute sangat.
"Untuk gambar ni saja off comment.. Takmau dengar segala pujian, sindiran.
"Hanya nak motivate diri sendiri dan keluarga untuk jadi lebih baik.
"Pujian juga ujian. Sindiran juga ujian buat kalian. Kalau hidup penuh dengan sindiran, iri hati sampai bebila orang susah nak jadi lebih baik.
"Sebab rata-rata manusia zaman sekarang banyak menilai dari gambaran.
"Orang buat baik bukan nak sokong, ada je kata-kata nak sindir.
"Ibarat kau pergi luar negara.. kau post gambar makan lepas tu mereka tanya halal ke? Faham tak?
"Weh, takkan kita post tengah makan babi.. Manusia zaman sekarang lebih banyak gunakan media sosial untuk menindas orang lain, mengecam.
"Benda ni aku kerap nampak kat IG kawan-kawan lain.. Ada je kata-kata yang menyakitkan hati yang dilemparkan.
"Seolah dia sekeluarga sempurna... Kadang nak je cakap, pergi la pegang Al-Quran dari tuding salah orang.
"Lebih memerli dari menasihati. Doalah. Doa doa doa sama juga macam korang. Sentiasa ada dalam doa aku.
"Sebab salah satu kejayaan aku suami isteri juga berkat dari doa kalian. So aku sentiasa doa untuk orang yang mendoakan untuk keluarga kami. Allah maha mengetahui," tulisnya.
Hasil perkahwinan Ozlynn bersama penyampai radio dan pelawak Johan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
#pelakon #Johan #Pelakon #Ozlynn