"Untungnya Baby L, Daddy Dia Sendiri Potong Tali Pusat Dia" - Lufya Bersalin Anak Sulung

Amri Hassan
November 12, 2017 11:05 MYT
Pelakon dan penyanyi, Lufya Omar, 32, telah selamat melahirkan bayi perempuan di Pusat Perubatan Tropicana, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 6.32 petang semalam.
Lufya bersalin secara normal dan bayinya berada dalam keadaan sihat dengan berat 3.39 kilogram.
“Alhamdulillah, syukur Baby L dilahirkan secara normal dan dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.
"Daddy dah macam cheerleader dalam bilik bersalin semalam. Untungnya Baby L, Daddy dia sendiri yang potong tali pusat dia,” tulisnya di Instagram petang tadi.
Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, telah berkahwin pada 26 November tahun lalu di Laman Cinta Nirwana, Ampang Hilir, Selangor selepas hampir setahun lebih mengenali satu sama lain.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @lufyaluvya
#pelakon #Lufya Omar #Anak #Pelakon