Pelakon Fouziah Gous telah berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk tunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Zhafran Yusuf semalam.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zhafran berkongsi gambar ketika berada dalam kapat terbang bersama Fauziah untuk memunaikan ibadah umrah.

“Subhanalladzi sakh-khoro lanaa hadza wa maa kunna lahu muqriniin. Wa inna ilaa robbina lamun-qolibuun.

"Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami," tulisnya.

سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ “Subhanalladzi sakh-khoro lanaa hadza wa maa kunna lahu muqriniin. Wa inna ilaa robbina lamun-qolibuun” (Maha Suci Allah yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami) #zhafouumrah @fouziahgous @zhafoujr

A post shared by Zhaf Yusof (@zhafyusof) on


Menerusi gambar yang dikongsikan itu, rata-rata peminat mendoakan agar Fouziah dan suami sentiasa diberi kesihatan yang sihat ketika berada di Makkah dan Madinah.

"@rosslinah: Semoga dipermudahkan ibadah kalian disana dan mendapat umrah yan mabrur. Aamiin."

"@hahahazirahaziq7_: MasyaAllah untungnya baru balik haji dapat pergi umrah pulak."

"@nrlmnwrh: Alhamdulillah seronoknya dapat pergi Makkah lagi. Semoga suatu hari nanti saya pun ada peluang."

"@lady_sue_4545: Bertuahnya. Baru selesai tunai haji. Dapat melepaskan rindu dengan berumrah lagi."


Fouziah dan Zhafran berkahwin pada 22 September 2013 di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Zeeshan dan Zaheen Yusof.