HIBURAN
Untungnya! Kak KM Hadiahkan Beg Jenama Mewah Untuk Hari Jadi Kekasih Anak, Netizen Puji; - “Belum Jadi Apa-Apa Dah Layan Baik...”
Usahawan dan pempengaruh media sosial Kak KM mencuri perhatian netizen apabila telah menghadiahkan sebuah beg jenama mewah kepada kekasih anak gadisnya, Nabila sempena sambutan ulang tahun kelahirannya.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok, memaparkan Riz Riz (kekasih anaknya) membuka kotak hadiah yang berisi beg jenama Versace.
@kakkmshop Happy birthday Rizz♬ original sound - Kakkmshop
“Ni dia happy birthday Riz,” ujarnya menerusi video tersebut.
Komen netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sika Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli yang dianggap sangat pemurah.
“Kak KM dia buat yg terbaik sebab dia tahu anak perempuan dia akan bahagia.
“Belum jadi apa-apa Alhamdulilah dah layan baik mcm ni. Moga Riz belajar erti bersyukur.
“Untung kau, mak mentua bagi hadiah,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, Kak KM pernah memberi kejutan dengan membawa Riz ke sambutan ulang tahun kelahiran Nabila meskipun hubungan mereka pernah terputus tengah jalan.
Must-Watch Video