Siapa sangka biarpun hanya sekadar kotak kosong yang dijumpa di kawasan longgakan sampah, namun ia mampu dijual sehingga RM91.

Semuanya gara-gara kotak PlayStation 5 yang dijumpa seorang inidividu di Singapura ini.

Menerusi satu posting di Facebooknya, individu berkenaan menjelaskan dia menjumpai kotak tersebut pada Khamis lalu.

Tanpa berharap lebih, dia kemudian cuba untuk menjual kotak berkenaan secara atas talian.

“Tak sampai sehari, saya terima mesej daripada seseorang yang berminat.

“Awalnya saya agak skeptikal, namun saya teruskan juga sampailah ia berlaku,” katannya.

Jelasnya, kotak tersebut kemudian dijual pada harga SGD30 iaitu bersama RM91.

“Dari situ saya pelajari yang peluang itu ada dimana-mana, kita hanya perlu buka mata.

“Sampah pun mungkin dianggap satu harta bernilai buat individu lain,” katanya.

Sehingga kini posting individu tersebut dikongsi sebanyak 256 kali dan kisahnya telah pun mula viral di platform Twitter.