Pempengaruh dan usahawan popular, Hafiz Mahamad memberitahu yang dia kini dalam persiapan untuk terbang ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan rukun Islam yang kelima.

Hafiz berkata, niat untuk mengerjakan ibadah haji datang selepas nama ibunya naik menerusi pemilihan Tabung Haji baru-baru ini.

BACA: Dituduh Main Forex Sebab Berbelanja Mewah Surprisekan Hari Jadi Isteri, Hafiz Mahamad Jawab Persoalan Netizen - “Jujur Saya Cakap…”

“Setiap tahun, kami akan pergi umrah. Kadang-kadang bawa team, kadang-kadang pergi sendiri. Ada tu yang sampai dua kali setahun kami pergi.

“Sebenarnya, tahun lepas isteri saya ada beritahu yang dia teringin sangat nak mengerjakan haji tatkala diri masih muda dan nak bawa mak dan ayahnya.

“Kemudian, tahun ni kebetulan nama mak saya naik di Tabung Haji selepas 13 tahun buat rayuan. Jadi, rasa dan niat terus datang dalam diri. Apa yang saya boleh katakan, dengan naiknya nama mak saya menjadi asbab saya nak pergi sekali menunaikan haji,” katanya ketika dihubungi Gempak.

BACA: 55 Kali Tak Pernah Gagal Buat Surprise Untuk Isteri, Netizen Mahu Cari Lleaki Macam Hafiz Mahamad - "Ada Jual Kat TikTok?"

Hafiz menambah, dia kemudian menguruskan proses untuk terbang ke Mekah dan mengerjakan ibadah haji dengan bantuan agensi.

“Berbanding dengan mak yang namanya dipilih oleh Tabung Haji, saya pula usahakan juga untuk pergi ke sana menerusi agensi swasta. Jadi, kita tidaklah ambil hak orang. Cuma selepas berusaha, kita berdoa sahaja sebab tak tahu akan dapat atau tidak. Maklumlah, banyak kes penipuan melibatkan visa dan sebagainya.

“Lama juga tunggu Visa… tapi tiga hari sebelum birthday Aina, saya terima berita gembira yang Visa kami diluluskan. Saya turut surprisekan Aina mengenai hal tersebut pada hari jadinya. Sebab itu dia menangis kegembiraan.

BACA: Derma RM100,000 Untuk Baby Naail, Netizen Puji Hafiz Mahamad - "Kenapa Orang Islam Perlu Kaya? Ini Sebabnya..."

“Untuk pengetahuan, ibu saya sudah terbang dahulu, saya upgrade ke swasta. Jadi kami akan menyusul,” katanya.

Hafiz yang enggan mendedahkan tarikh keberangkatan ke Kota Mekah berkata, dia akan ke sana dalam masa terdekat bersama ibu dan ayahnya, isteri dan mentua.