Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"

Firdaus
19/08/2024 04:25 MYT
Isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, Ira Kazar, mencuri perhatian netizen apabila dirinya memuat naik beberapa keping foto terbaharu di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram tersebut, anak perempuan kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu dilihat tampil anggun mengenakan pakaian berona biru muda berlatar belakangkan kandang kuda.

"Introducing these beautiful creatures Santana and Jenggo," tulis Ira di ruangan kapsyen.

A post shared by IK (@irakaza)

Wajah Dipuji Netizen

Beralih ke ruangan komen, penampilan Ira dipuji majoriti netizen di mana rata-ratanya terpesona melihat wajahnya yang disifatkan semakin berseri.

"Cantik pula Ira ni! Macam muka orang Turki,"

"Mesti dia lagi cantik kalau dekat luar,"

"Saya memang suka dia dari dulu, sekarang dia bertambah cantik,"

"Makin cerah dia, makin cantik."

BERITA TRENDING: Ira Kazar Muncul Dengan Penampilan Baharu, Nampak Lebih Berisi & Wajah Berseri Main Dengan Anak Kecil

​BERITA TRENDING: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Hamil

​BERITA TRENDING: Didakwa Kembali Rujuk Dengan Bekas Suami, Ini Respons Puteri Sarah!

​BERITA TRENDING: Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati Syamsul Tak Pulang Beraya

Sebelum ini, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin didakwa sedang hamil berikutan tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial. Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.

Imbas kembali, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.
#Viral #Syamsul Yusof #Netizen #Cantik #Ira Kazar